Cara Bina Sistem Fertigasi Sedut Baja Automatik (Venturi Injector)

emel kebun bandar

Saya telah berjaya membina satu sistem fertigasi sedut baja automatik.

Masalah pada fertigasi di Malaysia adalah petani perlu membancuh baja dalam tangki air.

Bayangkan jika ada 1000 lebih polibeg dalam satu plot. Tangki air yang digunakan pula kapasiti adalah 600 gelen atau 2300 liter.

[ Beli polybag di sini (shopee) ]

Mestilah dalam masa 1-2 hari sahaja air sudah habis dan perlu dibancuh semula. Sebab itu ada petani yang memasang sehingga 6 tangki bagi mengatasi masalah ini.

Ada penyelesaian terhadap masalah ini iaitu menggunakan sistem sedut baja dari tong baja. Sistem ini dinamakan dosing pump. Jenama yang paling terkenal dengan kualiti bagus tentunya Dosatron. Harga boleh tahan mahal.

Jadi apa penyelesaian untuk petani kecil seperti saya? Dengan buat sendiri sistem sedut baja AB.

[ Beli baja AB hidroponik di sini (shopee) ]

Sistem Venturi

Sistem ini dinamakan sebagai sistem venturi.

Kita boleh memasang sistem venturi pada sistem fertigasi sedia ada. Mudah sahaja.

Mari saya tunjukkan caranya.

Ini adalah kiraan untuk pam 1HP yang menggunakan paip PVC satu inci untuk inlet dan outlet ke paip utama.

Pertama dapatkan bahan dan alatan yang sesuai.

Bahan:

  1. Saddle clamp 1 inci ke 3/4 inci (32mm ke 25 mm) – 2 (beli sini)
  2. PVC 20mm (3/4 inci) – 3 kaki (beli di hardware)
  3. Tee 20mm (3/4 inci) – 2
  4. L 20mm (3/4 inci) – 2
  5. P/T Socket 20 mm – 2 (beli di hardware)
  6. Union 3/4 inci – 4 (beli sini)
  7. Stopcock valve 20mm – 2 (beli di hardware)
  8. PVC 15mm – 3 kaki (beli di hardware)
  9. Venturi 1/2 inci – 2 (beli sini)
  10. Flowmeter – 2 (beli sini)

Sebahagian pautan dalam pos ini ialah pautan afiliasi Shopee. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, saya mungkin menerima komisen kecil tanpa menambah kos kepada anda.

emel kebun bandar

Comments

    Comments are closed