Nak Tanam Ketumbar? Ini Cara Paling Mudah

Ketumbar adalah salah satu tananam yang paling mudah ditanam. Rupa ketumbar seakan daun sup. Walaupun begitu, baunya yang tengit membezakan ia dengan daun sup.

Maklumat Botani

Nama: ketumbar
Nama Inggeris: Coriander
Nama botani: Coriandrum sativum

Ketumbar adalah tumbuhan herba yang lembut. Tingginya tumbuh tidaklah lebih 50 cm.

Khasiat dan Kegunaan

Pembiakan dan Penanaman

Ketumbar dibiakkan dengan menggunakan biji benih. Saya gunakan biji benih yang dibeli online.

Ada yang bertanya jika boleh tanam guna biji benih ketumbar yang dijual tu? Boleh. Cuma ketumbar tersebut lebih tajam daunnya. Tidak berasa sesuai untuk dibuat masakan sebab tekstur daun yang berlainan.

Untuk semaian, paling bagus semai di dulang semaian. 1-2 biji benih satu lubang. Jika tiada, semai di dalam bekas kecil.

Tanam biji benih janganlah terlalu dalam. Sekitar 1 cm dalam. Saya biasanya akan buat kedalam guna jari sahaja. Tutup nipis.

Siram dua kali sehari agar media sentiasa lembab.

Biasanya 7 hingga 14 hari untuk biji benih ketumbar bercambah.

Pindah ke dalam Pasu

Apabila sudah bercambah janganlah terlalu gopoh untuk pindah terus. Tunggu sehingga ada 3-5 helai daun sebenar.

Saya biasa akan pindah ke dalam pasu kecil dahulu sebelum pindah terus ke dalam pasu lebih besar. Hal ini agar pokok bertahan lebih lama.

Untuk penyiraman, elok siram sekali sehari. Ketumbar tidak suka tanah terlalu lembab. Takut akarnya akan mudah reput akibat air terlebih.

Media Pasu

Ketumbar suka akan tanah yang kaya dengan bahan organik dan tidak bertakung air. Jika media terlalu lembab mungkin boleh menyebabkan akar ketumbar reput.

emel kebun bandar

Pembajaan Ketumbar

Ketumbar suka baja organik. Saya gunakan baja tahi ayam palet. Kalau tiada, boleh guna kompos, baja tahi haiwan lain seperti kambing, lembu atau arnab.

Tuai

Ketumbar boleh kita tuai daunnya apabila berumur sekitar 1 bulan selepas tanam dalam pasu. Atau ikut kesesuaian.

Jika kita biarkan lama, ketumbar akan mula mengeluarkan bunga pada umur 3 bulan selepas tanam. Kalau kita ingin tuai biji, boleh la biarkan bunga itu.

Namun jika ingin daun sahaja, potong bunga itu setiap kali ia muncul.

Rumusan

Ketumbar tidaklah sukar untuk menanam seperti daun sup. Apabila benih bercambah, kita boleh mula pindahkan ke dalam pasu.

Yang penting adalah kita terus berusaha untuk menanam.

Rujukan:

emel kebun bandar

Izham Alias

Saya adalah graduan Bacelor Sains Hortikultur, Fakulti Pertanian UPM. Minat membaca dan menulis tentang dunia berkebun di rumah. Kini bekerja sebagai pensyarah agroteknologi di ... kenali lanjut penulis (klik sini)

Tags

Share

    Anda Mungkin Berminat:

    Inginkan Tips Berkebun Lagi?

    Jom langgan emel KebunBandar! Terima tips dan trik berkebun terus ke emel anda secara percuma!
    *Kami juga membenci spam. Anda boleh berhenti melanggan bila bila masa tanpa soal.
    error: Content is protected !!