Sistem pengairan adalah antara komponen penting dalam berkebun. Sama ada secara manual ataupun automatik.
Bagi saya pengairan di rumah boleh jadi kerja yang membosankan kerana tiap-tiap hari perlu membuat perkara yang sama. Kadang sampai saya rasa sangat malas dan hanya berharap hujan turun untuk menyiram tanaman. Teruk kan?
Ada jalan penyelesaian kepada masalah ini. Caranya adalah dengan kita membuat sendiri siraman automatik.
Kos tidaklah banyak.
Ada dua pendekatan untuk membuat sistem siraman automatik ini.
Pertama kita kenalpasti tekanan air pada paip yang hendak kita gunakan. Jika tekanan tinggi, maka kita boleh guna siraman terus.
Jika tekanan rendah, maka kita perlu membuat tangki siraman dan kemudian memasang pam.
Jadi saya bahagikan kepada dua jenis pemasangan pada penulisan ini.
Sistem Siraman Terus
Mari kita mulakan dahulu dengan sistem siraman terus. Sistem ini sesuai bagi rumah yang mempunyai tekanan air tinggi.
Kelebihan
- Sesuai untuk rumah bertekanan air tinggi
- Kos permulaan yang rendah
- Hanya menggunakan bateri
Kelemahan
- Tidak sesuai untuk rumah yang mempunyai tekanan air rendah
- Perlu monitor bateri pemasa. Sebab jika bateri habis, air akan sentiasa mengalir
Alatan
- Pemasa
Bahan
- Polipaip LDPE 16 mm
- Joint
- Mikrotiub 3/4 mm
- Penitis
Sistem Siraman Tangki
Sistem siraman tangki pula melibatkan penggunaan pam dan pemasa.
Kelebihan
- Sesuai untuk rumah yang mempunyai tekanan air rendah
Kelemahan
- Perlu guna elektrik
- Kos permulaan tinggi untuk membeli bahan dan peralatan
Cara Pasang
Alat
Bahan
- Tong sampah 50L
- Pelampung
- Tank connector
