Pokok neem atau semambu mempunyai pelbagai khasiat kepada manusia. Jika dilihat, menjadi satu adat dan budaya masyarakat india di Malaysia untuk menanam satu pokok mambu ini di rumah mereka.
Saya apabila mengetahui khasiat neem ini untuk tanaman memang terkejut. Patutlah di India, pokok semambu ini sangat popular sebagai racun organik. Tambahan lagi, pokok ini mudah ditanam di rumah.
Apakah minyak neem atau semambu ini? Minyak neem adalah hasil daripada dedaun dan buah daripada pokok semambu. Selain daripada menjadi racun organik untuk ratusan tahun lamanya, anda akan mendapati neem ini banyak pada barangan di rumah termasuklah:
- Kosmetik
- Ubat gigi
- Syampu anjing
- Sabun
Masyarakat India telah lama mengetahui kebaikan dedaun neem sebagai bahan ubatan sejak berkurun lamanya. Antara kebaikan neem kepada kesihatan manusia:
- Meningkatkan imunisasi badan
- Menyah toksik dalam darah
- Meningkatkan fungsi hati
- Menjaga sistem kumuhan, penghadaman dan pernafasan badan
Dengan pelbagai khasiat ini, sememangnya neem terbukti selamat dan berkesan sebagai racun serangga.
Mari kita lihat kebaikan dan kegunaan neem di kebun kita.
Cold press atau biasa?
Kebanyakan minyak neem yang dijual di pasaran dihasilkan melalui proses biasa. Ini menjadikan kesan neem itu berkurangan banyak berbanding dengan cold press.
Kalau kita mahu kesan yang betul, perlu beli minyak neem cold press. Harganya boleh tahan mahal di pasaran antarabangsa. Ini sesuai dengan kesannya yang menakjubkan.
