
Botani adalah kajian terhadap tumbuhan.
Asalnya botani ini dibuat oleh seorang saintis Islam.
Kemudian dipopularkan oleh saintis Barat.
Nama saintifik ini membantu untuk kita kenal tumbuhan pada dasarnya. Jika kita ikut nama tempatan, maka akan berlaku huru-hara.
Saya masih ingat lagi ketika saya mengajar subjek pertanian. Sekumpulan pelajar saya membentangkan tentang lada putih Sabah. Pada asalnya lada putih adalah white pepper dalam bahasa Inggeris.
Di Sabah mereka menggelar cili sebagai lada. Hal ini sama seperti di Pantai Timur Malaysia yang menggelar cili sebagai lada.
Hal ini berbeza antara lada putih dan cili putih. Pelajar saya membentangkan nama saintifik berkaitan lada putih.
Sama sekali salah.
Sebab itulah kita perlu merujuk pada nama saintifik yang telah diperakui oleh saintis semua negara.
Tumbuhan dikelaskan mengikut ciri-ciri yang sama dalam satu keluarga atau famili. Kita ambil contoh pokok dari keluarga kekacang. Mana-mana pokok yang mampu menghasilkan nodul sendiri yang didiami oleh bakteria rizobium, maka tergolong dalam keluarga Leguminaceae.
Mengapa penting tahu? Contohnya untuk crop rotation, kita perlu mengelak untuk menanam tumbuhan daripada keluarga sama agar perosak dan penyakit tidak menyerang tanaman tersebut.
Lagi untuk tujuan cantuman. Kajian menunjukkan jika dalam keluarga sama, boleh dibuat cantuman. Contohnya di Jepun, mereka mencantumkan tomato dan timun di musim sejuk. Ini membolehkan tomato hidup subur di musim sejuk.
Tempoh hayat Tumbuhan
Saintis mengelaskan tempoh hayat tumbuhan kepada tiga iaitu saka, semusim dan dwi-musim.
Semusim bermakna tumbuhan itu akan mati sebaik sahaja mengeluarkan bunga dan biji benih. Biasanya di Malaysia tanaman ini seperti sawi, salad, ulam raja, selasih.
Dwi-musim pula adalah tumbuhan yang hidup untuk dua musim. Pada musim pertama adalah fasa vegetatif. Kemudian dorman. Selepas itu kembali segar untuk musim seterusnya.
Contoh terbaik adalah pokok bunga tulip.
Pokok saka adalah tumbuhan yang kekal hidup walaupun telah berbunga dan berbuah. Istilah saka itu bukanlah merujuk kepada hantu. Tetapi hidup yang panjang.
Contoh adalah seperti pokok cili, betik, mangga, durian, rambutan dan lain-lain.
Sebab itu jika kita terbaca istilah ini, kita boleh menganggap berapa lama kita boleh menanam sesesuatu pokok.