
Sebagai petani anda tidak akan lari daripada menggunakan racun serangga. Ia adalah sebahagian daripada pembelajaran dalam dunia pertanian.
Tapi tidak ramai tahu cara menggunakan racun kimia dengan betul. Pada penulisan kali ini saya berkongsi cara menggunakan racun serangga yang betul.
Jenis Racun Serangga
Racun serangga dibahagikan kepada beberapa kelas. Setiap kelas ini menyerang berlainan.
Jenis Tindakan Racun Serangga
Secara umumnya, racun serangga ada tiga tindakan sama ada sentuh, sistemik atau pecah perut.
Racun Sentuh
Racun ini memerlukan ia kena pada serangga bagi ada keberkesanan. Racun ini sesuai untuk serangga yang tidak bergerak atau hanya bergerak setempat.
Contoh racun ini seperti malathion.
Racun Sistemik
Racun ini menyerap masuk ke dalam tumbuhan, langsung apabila serangga memakan tumbuhan akan terus memberi kesan kepadanya.
Racun ini tidak sesuai disembur jika tuaian akan dituai dalam beberapa hari. Hal ini kerana racun ini dapat bertahan lama di dalam tumbuhan.
Racun Pecah Perut
Racun ini sesuai untuk serangga menghisap dan mengunyah seperti belalang dan kumbang.
Petani yang bijak adalah petani yang memerhati keadaan sekeliling. Tuan Hadi Napi bercerita bahawa beliau tidak ada jadual penyemburan racun. Apa yang beliau buat adalah memerhati keadaan sekeliling dan membuat tindakan berdasarkan data yang ada.
Rujukan
