Cara Mengatasi Babi Hutan di Kebun

emel kebun bandar

Babi hutan adalah haiwan liar yang tinggal di hutan. Sesiapa yang mempunyai kebun berdekatan hutan pasti akan mengalami masalah babi hutan.

Kerosakan babi hutan ini adalah seperti mengorek tanah seperti orang yang mabuk mengcangkul.

[ Beli cangkul di sini (shopee) ]

Bagi yang baru tanam pokok akan disondol babi hutan.

Cara mengatasi babi hutan terdapat dua pendekatan sama ada menjaga pokok dan menghalau babi hutan.

Sifat babi hutan ini adalah tidur di siang hari dan aktif mencari makan di malam hari.

Babi hutan mempunyai pendengaran, penglihatan dan deria bau yang bagus.

Memasang pagar

Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh petani adalah memasang pagar keliling kebun jika kawasan kebun tidak besar sekitar 1-2 ekar.

Pagar tidak lah perlu pagar yang mahal. Cukup sekadar pagar bulat besi di bawah. Hal ini mampu menghalau babi hutan daripada memasuki kawasan kebun. Duri yang tajam membuatkan babi hutan sakit dan tidak berani lagi datang ke kawasan itu.

Tetapi perlu ingat, haiwan liar ini bijak mencari peluang. Pastikan pagar kita sentiasa disenggara agar tidak membuka ruang untuk menyerang

Halau

Pokok Yang Tak Disukai Babi Hutan

Ada antara tanaman yang tidak suka oleh babi hutan. Antaranya kunyit. Anda boleh belajar cara menyemai dan menanam kunyit di sini.

Selepas itu jadikan kunyit sebagai pagaran keliling pokok. Oh tidak. Jangan fikir untuk tanam kunyit keliling kebun. Alamatnya mati lah kos dan belum tentu kunyit hidup.

Cukuplah tanam sekitar pokok utama kita.

Penghadang di Pokok

Ada beberapa petani di Malaysia menggunakan cara untuk memasang tandan kelapa di pangkal pokok bagi mengelak serangan perosak ini.

Selain itu boleh guna pelepah kelapa.

Jika susah dapat, boleh guna pelepah sawit yang tajam.

Pastikan hujung tandan yang tajam menghala ke luar. Tajam ini akan menyakiti mata atau hidung babi hutan.

Membela anjing

Ini antara cara orang asli mengawal kemasukan babi hutan di kebun. Anjing akan mengawal sekitar kebun bagi mengelak babi hutan masuk. Salakan anjing akan menakutkan babi hutan.

Walaupun begitu, tidak ramai Melayu yang ingin membela anjing kerana faktor anjing bukanlah digemari. Anjing hukumnya harus bela jika untuk menjaga kebun.

Rujukan

Sebahagian pautan dalam pos ini ialah pautan afiliasi Shopee. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, saya mungkin menerima komisen kecil tanpa menambah kos kepada anda.

emel kebun bandar

Comments

    Comments are closed