
Antara perkara yang menjadi persoalan kepada saya adalah apakah tanaman yang tidak perlu ditanam berkali-kali untuk makan?
Jawapannya adalah pokok saka! Pokok saka adalah pokok yang hidup lebih setahun dan tidak mati setelah berbunga atau berbuah.
Kita bandingkan dengan pokok semusim dan dwimusim. Contoh pokok semusim ini adalah sawi bunga. Sawi bunga akan mula mati sebaik sahaja ia berbunga dan mengeluarkan benih.
Tetapi tidak bagi pokok saka. Contohnya pokok pucuk manis. Walaupun berbunga tetap kita boleh tuai daunnya.
Jadi saya senaraikan pokok yang boleh kita tanam di rumah tanpa perlu sangat menjaganya. Untuk cara tanam akan saya kemaskini dari semasa ke semasa. Ada sesetengah yang sudah ada cara tanam. Jadi anda boleh klik untuk baca.
Saya bahagikan kepada tiga kumpulan iaitu sayur daun, sayur akar dan sayur buah.
Sayur daun
Sayur daun adalah pokok yang di mana bahagian daunnya boleh dimakan. Sama ada dimakan sebagai ulam (makan segar) atau dimasak (celur, rebus atau goreng).
Sayur buah
Sayur buah adalah bahagian buahnya yang dijadikan sebagai sayuran dalam masakan. Sama ada dimasak atau dimakan segar.
Sayur akar
Sayur akar adalah bahagian akarnya dimakan
Sayur bunga
Perasa Makanan
