Cara Mudah Tut Pokok Limau Purut

Belajar cara tut pokok limau purut dengan kaedah yang mudah dan ringkas. Boleh digunakan untuk pokok lain seperti mangga, limau, rambutan, dan tin.

Hari ini saya kongsikan cara mudah untuk tut pokok limau. Cara ini boleh dipraktikkan pada pokok lain. Konsepnya sama sahaja.

Peralatan:

  1. Gunting
  2. Pisau

Bahan:

  1. Cable tie
  2. Plastik pembungkus
  3. Serbuk penggalak pengakaran (Seradix 2)
  4. Tanah campur

 

Langkah:

1. Pilih dahan yang hendak ditut. Kualiti dahan itu mestilah bebas daripada sebarang kerosakan dan penyakit.

Cara Tut Pokok Limau Purut

2. Kepit dengan gunting dan kelar keliling dahan itu.

Cara Tut Pokok Limau Purut

3. Kemudian kelar di bahagian bawah pula dengan jarak sekitar 3-5 cm.

Cara Tut Pokok Limau Purut

4. Gunakan pisau untuk mencungkil keluar kulit batang.

Cara Tut Pokok Limau Purut

5. Sapukan keliling kelaran tadi dengan serbuk penggalak pengakaran. Tak perlu banyak. Sedikit sahaja sudah memadai kerana hanya berfungsi sebagai penggalak.

Cara Tut Pokok Limau Purut

6. Gempalkan tanah campur dengan meletakkan sedikit air. Penting untuk tanah campur ini lembab agar tidak mudah kering nanti di dalam pembalutan.

Cara Tut Pokok Limau Purut

7. Tekupkan gempalan tanah tadi. Gempalkan sekeliling kelaran yang telah dibuka tadi.

Cara Tut Pokok Limau Purut

 

Cara Tut Pokok Limau Purut

8. Kemudian ambil plastik dan balut dengan betul. Pastikan balutan meliputi semua bahagian gempalan. Seterusnya ikat dengan cable tie di bahagian bawah dan hujung balutan.

Cara Tut Pokok Limau Purut

9. Nak tahu menjadi atau tidak, lihat apabila akar akan penuh di dalam bungkusan itu. Tunggu sekitar 4 hingga 8 minggu untuk lihat hasilnya.

10. Apabila akar sudah penuh di dalam bungkusan itu, bolehlah potong di bahagian bawah akar tersebut. Pindahkan tut ke dalam bekas yang berisi tanah campuran.

Pemindahan perlu dilakukan dalam keadaan berhati-hati. Walaupun akar sudah banyak keluar, tidak bermakna akar itu kuat. Kebanyakan pekebun gagal melihat hal ini terutama pekebun amatur. Jika pengendalian semasa pemindahan dilakukan terlalu kasar boleh menyebabkan akar tercedera.

Akar yang tercedera menyebabkan pokok tut lambat membesar. Ini kerana pokok terpaksa menumpukan nutrien dan tenaga bagi membaiki akar yang rosak itu.

Jadi, pekebun perlulah berhati-hati semasa penanaman di dalam bekas. Elakkan menekan pangkal tut apabila selesai ditanam. Cuma siram di keliling tut sahaja.

Lebih elok dipindahkan ke dalam polibeg dahulu sebelum pindah ke dalam tanah. Ini agar akar anak pokok tut sempat stabil dan tumbuh dengan subur.

Izham Alias

Graduan Bacelor Sains Hortikultur, Fakulti Pertanian UPM. Kini bekerja sebagai pensyarah agroteknologi di sebuah kolej komuniti di Sabah. Suka berkebun dan menulis pengalaman berkebun di blog ini. Sebarang pengiklanan, jemputan bengkel/seminar berkebun boleh terus emel ke izham@kebunbandar.com

52 thoughts on “Cara Mudah Tut Pokok Limau Purut

  1. ingin tahu,berapa lama kah Limau kasturi akan berbuah selapas berbunga dan berapa lama kah akan ambil masa untuk buah boleh dikutip.
    harap boleh bantu.

    Sekian

    1. Saya tanam limau purut setahun selepasnya baru berbuah..dan berhenti berbuah hingga kini (dah nak masuk 2 tahun).

  2. Assalamualaikum tuan. Plastik yang digunakan untuk Tut seperti di atas perlukah di lubangkan untuk disiram. Terima kasih

  3. Assalamualaikum

    Saya juga mempunyai masalah sepert En Mohd Nazlin..

    1. Pokok limau purut sering diserang ulat bulu
    2. Pokok tidak berbuah.

    bagaimana nak atasinya.

    bagaimana cara terbaik penjagaan pokok limau purut..perlu dipangkas atau sebagainya.

    1. Waalaikumussalam.

      1. Buang secara manual ulat bulu tersebut.
      2. Sembur racun organik seperti air basuhan cili kering pedas.
      3. Tambah baja NPK biru untuk memulakan proses pembungaan.

  4. Thanks, baru plan nak buat tut. Kalau guna madu sbg ganti penggalak akar boeh ke? Sebab pernah baca tp tak pasti.

    1. Boleh. Saya menggalakkan pembaca untuk mencuba segala macam perkara viral yang ada. Kita tak tahu sehingga kita sendiri sudah mencuba. Tidak salah mencuba kan?

  5. En izham…sewaktu kita nak pindah pokok yang telah ditut kedalam polibeg atau pasu…perlu tak kita memangkas daun daun pokok berkenaan…terima kasih

      1. kalau saya gunakan media peat moss dan cocopeat[campuran kedua dua media] adakah berkesan..sebelum ni guna tanah campuran xmenjadi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Content