bekas botol plastik sebagai bekas tanaman

Orang bandar mesti sibuk dengan pelbagai rutin harian sehingga tiada masa untuk berkebun. Tambahan pula dengan ruang yang sedikit di rumah boleh menjadi alasan untuk tidak berkebun.

Tetapi tunggu dahulu! Tidak semestinya tiada laman atau tanah di rumah tidak bermakna kita masih tidak boleh menikmati aktiviti yang sihat ini.

Kita masih boleh berkebun dengan menggunakan bekas. Ia juga dapat menjimatkan ruang tempat yang kita tinggal. Hampir semua sayuran boleh ditanam di dalam bekas. Tak kiralah bekas apapun asalkan ia selamat digunakan untuk kita berkebun.

Di sini terdapat beberapa tip yang dapat dikongsikan bersama:

1. Semai pada bekas semaian

bekas semaian

Semai biji benih pada bekas lain sebelum pindah penuh pada bekas yang lebih besar.

Memang apabila kita teruja kita ingin sahaja terus semai di dalam pasu. Tetapi mengikut pengalaman, adalah lebih berjaya untuk tanaman kita membesar jika kita semai dahulu di talam semai. Kemudian pindahkan anak benih yang berusia dalam 2 minggu lebih ke dalam bekas sebenar.

2. Pilih bekas yang sesuai

Apabila sudah kita tahu dan semai biji benih yang kita nakkan, penting untuk tahu saiz bekas yang sesuai dengannya. Untuk sayur-sayuran, bekas kecil dari sebesar tin minuman sehingga besar botol minuman 1.5 L boleh menjadi pilihan. Untuk sayuran yang berbuah seperti pokok cili dan tomato, lebih sesuai pada bekas besar dengan ketinggian 30-40 cm, dan diameter 30-45 cm. Senang cerita botol minyak masak yang besar sekali kita guna.

3. Pilih tempat yang bercahaya

Antara kelebihan berkebun dengan bekas, kita dapat mengubah tanaman kita di mana-mana tempat yang ada. Seeloknya letakkan tanam kita pada kawasan bercahaya seperti di tepi tingkap (bagi rumah apartment) dan di tepi rumah bagi rumah biasa. Antara petanda pokok kita kurang cahaya adalah apabila dedaunnya mula kuning dan pokok kurang membesar. Tumbuhan memerlukan cahaya untuk melakukan proses fotosintesis. Jika kurang proses fotosistesis berlaku, maka kuranglah makanan yang tumbuhan boleh buat.

4. Tanah campuran terbaik

Ramai yang bertanya tanah campuran apa yang terbaik untuk tanaman bekas. Untuk penerangan lanjut boleh rujuk sini. Untuk semaian biji benih pula, boleh guna 100% kompos sebagai media semaian jika tiada lumut gambut (peat moss).

sumber gambar: Google.

Tidak Mahu Terlepas Maklumat Terkini Kebun Bandar?
Saya nak kongsi PERCUMA je buat masa ni. Cepat join!

LANGGAN EMEL KEBUN BANDAR

Masukkan nama dan alamat emel anda

*Kami hormati privasi anda. Bila-bila masa anda boleh berhenti melanggan.