Laici adalah buah yang dikatakan unik. Persoalannya bolehkah pokok laici hidup di Malaysia?
Jadi di sini saya melakukan sedikit kajian berkenaan pokok ini dan menjumpai beberapa fakta yang boleh kita lihat.
Laici (Litchi chinensis) berasal daripada Asia Tenggara. Banyak ditanam di Thailand, Vietnam, China, India, Bangladesh dan Nepal. Pengeluar utama buah laici adalah dari Thailand.
Pokok laici boleh hidup di negara beriklim tropika dan sub-tropika. Ini bermakna laici boleh hidup Malaysia dengan suburnya. Ada yang berjaya mencambah biji benih laici. Setelah menunggu beberapa tahun, tiada langsung putik bunga yang keluar daripada pokok yang ditanamnya itu.
Berdasarkan pembacaan, untuk pokok laici mengeluarkan bunga, pokok laici memerlukan suhu 15°C (dan ke bawah). Di sini, suhu ini hanya terdapat di tanah tinggi seperti di Cameron Highland (Pahang), Lodging (Kelantan), dan Balakan (Sarawak).
Tambahan pula, pokok laici memakan masa 3 tahun untuk mula mengeluarkan bunga. Ini bergantung kepada varieti yang ditanam. Pembacaan saya menunjukkan bahawa Siam mempunyai pelbagai varieti yang sesuai ditanam di sana.
Apa yang menariknya, pokok laici adalah sesaudara dengan rambutan dan longan iaitu di bawah keluarga Sapindacea. Jika tergolong dalam keluarga yang sama, ini bermakna peluang untuk melakukan cantuman antara saudara tumbuhan adalah tinggin keberjayaannya.
Teknik ini banyak digunakan pada tumbuhan sayur seperti terung.
Saya terfikir jika digunakan sion laici dan penanti pula adalah dari pokok rambutan ataupun pokok longan.
Kesannya mesti menarik.
Cubaan lain pula, adalah menanam pokok laici ini selama tiga tahun di dalam pasu. Kemudian kita cuba menggalakkan ia berbunga dengan menyimpannya di dalam peti sejuk besar selama sebulan. Cahaya lampu LED diletakkan bagi mengganti cahaya matahari. Satu lagi cara, kita siram pagi dan petang pokok laici itu dengan air sejuk.

Namun, apabila difikirkan kembali, kita tidak perlulah mengejar cara menanam laici di Malaysia. Buah rambutan dan mata kucing sudah memadai bagi menjadi pengganti laici. Jika ingin menanam laici sebagai pokok langka, bolehlah seperti pokok tin. Cuma jangan terlalu mengharap bahawa pokok laici boleh berbunga dengan jayanya di iklim Malaysia.
Kesimpulannya, adakah boleh pokok laici hidup di Malaysia? Ya boleh. Tetapi pokok laici sukar untuk berbuah atas faktor suhu yang berlainan.

Izham Alias says:
Maaf, ini di luar pengetahuan saya.
Haifa says:
Saya nak beli pokok bunga dari thai cam nanya…permit sikeluar untuk syarikat saja saya nak beli untuk koleksi je dalam kuantiti kecil
Izham Alias says:
Saya tak tahu.
john jenin says:
boleh cadangkan nurseri tu?
Izham Alias says:
Beli di nurseri pokok yang menjual pokok berkualiti.
Ruzhan says:
Bagaimana nak dapat anak pokok longan berkualiti di Malaysia
Pekebun yg malas says:
Jangan putus asa, cuba teknik org Thai ni…
http://www.keluarga.my/jika-tanam-pokok-tapi-malas-nak-berbuah-cuba-ikut-formula-ni-orang-thai-dah-lama-buat/
zul says:
tanam pokok laici sebagai pokok penanti ok juga, sbb batang dia besar..kuat utk sedut air… boleh letak mata tunas/ kulit mata kucing/ longan.
Shazahomebakery says:
Sy ada tanam dlm polybeg dgn semai 3ulas dlm 1 beg. Bila dh cukup matang sy buat tut sanding alhmdllh menjadi skrang pokok dh usia 2 tahun mmbesar dgn jayanya berbuah entahlh tapi hari 2 pujuk kluarkn hasil.
jijo says:
ayaj saya tanam laici kat kampung…buleh pulak hidup tu… dah lebih 10 thn… sebiji buah pun x keluar… berbunga pun tak pernah… harap daun je lebat.. sudahnya kena sondol dengan jentolak masa sambung rumah.
Ina says:
Saya pun pernah terfikir nak tanam pokok laici ni. Rupanya memang x sesuai dgn kebanyakan suhu di Malaysia.
Izham Alias says:
Boleh beli di kedai pertanian berdekatan.
wan says:
baca tajuk dah naik semangat nak tanam pokok laici..rasa macam malam ni dh nak pegi beli buah laici….tapi sayang…..rupanya suhu jadi penghalang untuk laici berbunga..😌
rizal says:
Tuan, mana boleh dapat benih longan yang baik utk iklim malaysia?
fatimah says:
disekolah saya pun ada.. cantik pokoknya hanya mampu dijadikan pokok teduhan… x de riak untuk berbunga. tap sekarang dah pun ditebang kerana desakan terbuka..
dewan
Azman Rahman says:
pokok laici dikampung dah lebih 10tahun hasil dari semaian biji benih dah sama tinggi dgn bumbung kampung. akhirnya ditebang sebab ada 3 sarang tebuan dan lebah. Sepupu sempat tut untuk jadikan rootstock utk kawin dgn rambutan. Sekarang ni “rambutan laici” nama diberi pun dah sama tinggi dgn bumbung rumah. buah rambutan yang betul2 bulat sebesar bola ping-pong dan ada hint rasa laici
jayjay says:
Ada pengalaman..semasa pindah rumah abah saya ada tanam pokok laici. pokoknya memang boleh membesar dengan jayanya..tinggi dah nak sama bumbung umah..daun pun memang meriah (sampai tak larat sapu daun kering) tapi setelah 10-12 tahun abah ambil keputusan tebang sebab pokok tak pernah berbuah… tapi saya tak kisah pon sebab laici dalam tin banyak..buah laici ni sakit tekak..hahhahaha
Honeym Shamsudin says:
Nk beli kat mana perangkap lalat buah yg brhrga RM10 tu tuan?
ros says:
pernah gak terniat utk cambahkn benih laici ni…tp dari info ni…mmg tak jd laa nk tanam…hehehe
Salmah says:
Pokok laici saya..sudah 3 tahun lbih d tamam…tpi ..x mau membesar tidak sampai pun 2 kaki tinggi..tpi pokok mata kucing yg seumur dgnya begitu sehat sudah mula berbunga…..tinggi dn rendang…
rusli yusop says:
Saya ada tanam 3 pokok, 1dikebun anggaran tinggi 10-15 kaki usia 18tahun, manakala 2 lagi disekitar rumah satu setinggi 5kaki usia 30tahun dan satu lagi berusia 20tahun. tidak pernah berbunga atau berbuah langsung. Sabar sbb nak tengok hasilnya. tunggu kut kut satu hari kelak cuaca kat kg ni berubah sehingga cecah dibawah 15 degC.
Nurul says:
Di kampung sy N9, ada ditanam pokok laici. Sehingga sekarang pokoknya masih ada. Ditanam sebelah kolam ikan. Pokoknya sgt besar. Maklumlah .. dah lebih 30tahun.. tak pernah berbuah.. bila baca artikel ini, mmg confirm la yg pokok laici tu takkan berbuah.😭😭😭
Maisarah binti Mahyuddin says:
en izham.. saya mmg ada semai biji buah laici yg saya dan suami bli 13thn yg lalu dan tumbuh dgn begitu lebat hingga setinggi atap rumah..namun penentian demi pnntian hanya daun yg lebat,bunga langsung tak kelihatan. Ada petua kata kena tanam sepasang baru berbuah..tak pastilah pulak. kalau mcamtu skarang bila dah dpt info dr en izham, saya dah redho semuanya..hihihi.
Lee says:
Itulah… bila main dgn faktor suhu ni, mmg x mampu nak atasi lah… sbb Msia mana nak cari suhu 15°c kan…kec di Cameron… jom pindah dok di sana…
Nasruddin Mohd Yassin says:
Buah mangga dan jambu berulat didalam apabila besar dan merekah.Adakah disebabkan olih lalat. Dimana bolih saya membeli perangkap lalat ini
Izham Alias says:
Itu mesti pokok bukan laici. Sebab kalau laici kulit buahnya berwarna merah pekat.
Izham Alias says:
Mohon tebang untuk dijadikan kayu api. 😉
Umar Umayyah says:
Hahaha… patut pun dah 3 tahun lebih saya tanam tak pandai2 berbunga. Mau kasi pindahkan ke Kundasang nanti.
Z says:
Saya sendiri pernah tanam pkok laici hasil dari pak sedara tut…dkt 20 tahun lbh x pernah bbuah..pokok naik cantik
Zurainny Ismail says:
Makcik saya di kampung ada pokok laici, tapi buahnya kecil dan rasa pun lain mcm…. Takut nak komen sebab saya ni laici dgn longan pun susah nak beza. 😀
Izham Alias says:
Boleh disimpan untuk dijadikan bonzai, tuan. Haha.
Izham Alias says:
Wah! Betulkah? Sayangnya sebab sudah ditebang. Jika tidak boleh pokoknya dibuat benih. Kalau buah selalu busuk, tanda selalu dicucuk lalat buah. Laburkan RM10 untuk beli perangkapnya sahaja. Dengan itu kita akan dapat mengurangkan kadar buah rosak akibat dicucuk lalat buah.
hani says:
mak saya pernah tanam laici di perlis. berbuah tetapi kulit tidak merah tetapi hijau, kulitnya lebih licin, kurang mengerutu.. selalu buahnya gugur tanpa sempat dimakan kerana buruk disengat serangga.. akhirnya pokok laici tu pun kena tebang
A. Bakar says:
Hahaha ….. sebenarnya saya berjaya mencambahkan biji laici dan pokok matang dipindahkan ke kebun di utara Selangor. Malangnya setelah melebihi 15 tahun masih belum menghasilkan bunga dan buah. setelah membaca fakta di atas rasanya nak tebang saja pokok laici tu