Daun Sebenar

Menanam tumbuhan daripada biji benih adalah satu yang menyeronokkan dan memberi satu kepuasan dalam aktiviti berkebun. Banyak varieti sayur yang pelik dan unik hanya terdapat apabila kita tanam dengan biji benih. Untuk menanam varieti tumbuhan tersebut, kita perlulah tahu tentang menanam anak benih.

Bagaimana memindahkan anak benih?

Salah satu soalan daripada orang ramai adalah “bilakah boleh saya pindah anak benih?”

Ini soalan bagus apabila kita mula menanam pokok melalui biji benih. Memahami masa sesuai pemindahan ini mampu memberi kesan baik pada pertumbuhan tanaman nanti.

Jika kita mengubahnya ke atas batas atau dalam pasu lain sebelum anak benih bersedia, terdapat beberapa kemungkinan yang akan berlaku. Pertama, anak benih akan cepat layu. Seterusnya akan mati akibat kekurangan air, terlebih cahaya matahari, atau kerosakan akar.

Apabila ingin memindahkan anak benih, tiada peraturan tetap. Ada yang mengatakan ketinggian anak benih menjadi ukuran. Sebenarnya tida. Ini kerana setiap tumbuhan berbeza saiz dan masa pembesarannya. Lagipun, jumlah penerimaan cahaya oleh anak benih mempengaruhi kadar pertumbuhan ketinggiannya apabila kita menanam melalui biji benih. Ada yang terlalu tinggi dan ada pula yang kemetot.

Jika kekurangan cahaya, tumbuhan boleh tumbuh tinggi dengan cepatnya, tetapi ia mungkin tidak bersedia untuk ditanam di kebun. Cara terbaik adalah dengan melihat daun sebenar yang muncul sebelum menanam anak benih ke kebun.

Daun sebenar anak benih

Petua mudahnya adalah dengan melihat apabila anak benih sudah mengeluarkan 3 hingga 4 daun sebenar. Daun sebenar menandakannya sudah sesuai untuk dipindahkan ke pasu atau tempat yang lebih besar. Ketika ini akar anak benih sudah semakin banyak dan kuat.

Penerangan awal saya, apabila kita menanam dengan biji benih, daun pertama yang keluar atau muncul adalah kotiledon. Daun ini akan nampak berbeza daripada daun yang muncul seterusnya. Fungsi daun itu adalah untuk membekalkan makanan kepada anak benih dalam tempoh masa singkat sementara anak benih sedang membesar.

Daun sebenar tumbuh beberapa ketika selepas kotiledon. Daun sebenar akan muncul dan mula menghasilkan tenaga melalui proses fotosintesis. Proses ini memberi makanan kepada tumbuhan sehingga ia mati.

Kita perlulah memastikan daun sebenar ini cukup sebelum memindah anak benih ke kebun atau pasu agar pembesaran anak benih berjalan dengan lancar.

Kita hanya perlu ingat, bukanlah ketinggian tetapi jumlah daun sebenar yang muncul yang akan menentukan bilakan ia sesuai dipindahkan.

Tidak Mahu Terlepas Maklumat Terkini Kebun Bandar?
Saya nak kongsi PERCUMA je buat masa ni. Cepat join!

LANGGAN EMEL KEBUN BANDAR

Masukkan nama dan alamat emel anda

*Kami hormati privasi anda. Bila-bila masa anda boleh berhenti melanggan.