fbpx

5 Soalan Sebelum Mula Berkebun

Berkebun memang satu perkara yang menyeronokkan. Tetapi tahukah kita bahawa sebelum mula berkebun apa persiapan yang sesuai?

Jika sebelum ini saya bercerita tentang Kesilapan Pekebun Amatur, kali ini kita sebelum kita mula mencangkul eloklah kita bertanya beberapa soalan pada diri kita sama ada kita ini sesuai berkebun atau pun tidak.

1. Di mana hendak berkebun?

Soalan ini amat penting apabila kita hendak mula berkebun. Kita perlu tahu situasi sebenar kesesuaian kita berkebun. Dengan tahu di mana kita boleh berkebun, kita akan tahu pokok-pokok apa yang sesuai untuk kita mula menanam.

Jadi, haruslah kita mengenalpasti rumah kita sama ada rumah apartment atau pun rumah teres atau banglo. Dua jenis rumah ini berbeza pendekatan untuk menanam.

Beruntung sesiapa yang tinggal di rumah atas tanah. Ruang yang ada boleh digunakan sepenuhnya untuk berkebun. “Tetapi rumah saya bersimen penuh,” soal seorang ahli Kebun Bandar. Boleh mula berkebun dengan pasu. Hal ini sama juga untuk sesiapa yang tinggal di bangunan bertingkat-tingkat.

2. Siapakah kita?

Soalan ini mungkin pelik tetapi percayalah ini paling penting sekali. Kita kena tahu kita ini jenis apa.

Adakah kita ada masa untuk berkebun?

Adakah kita selalu keluar dari kawasan iaitu beberapa hari tiada di rumah?

Adakah kita ini jenis pelupa?

Bilakah masa kita bekerja? 8am-5pm? Bila masa kita akan berada di rumah?

Adakah pasangan kita bersama-sama menyokong kita berkebun?

Adakah kita jenis suka lompat melompat dari satu hobi ke hobi yang lain? Dengan erti kata lain kita mudah bosan dengan sesuatu hobi?

Jadi, cubalah dengan jujur jawab soalan-soalan yang saya lontarkan. Dengan ini kita sendiri dapat menilai sudahkah diri kita ini boleh berkebun dengan jayanya?

3 Suka Makan Apa?

Fokus Kebun Bandar lebih kepada penghasilan taman atau saya lebih suka guna istilah kebun, yang boleh dimakan. Kita tanam tanaman yang mampu mendatangkan manfaat kepada kita semua.

Pergi jalan ke pasar. Lihat sekeliling. Apa sayur yang kita minat dan suka makan. Kemudian cari benihnya. Setelah dapat biji benih, belajar cara tanam pula. Setiap biji benih lain pendekatan menanamnya.

4. Berapa Lama Masa Menanam?

Ada tanaman yang hanya perlu sebulan sahaja untuk menanam seperti kangkung, bayam, dan sawi. Ada pula yang memakan masa sehingga tiga bulan seperti kubis, brokoli, lobak merah, lobak putih dan labu. Apabila kita mengetahui masa menuai setiap tanaman, kita dapat tetapkan perancangan menanam dengan baik.

Saya bagi contoh apabila saya ingin memakan kangkung setiap minggu, saya akan jarakkan masa penanaman untuk kangkung saya. Di dalam bekas A, saya tanam kangkung pada minggu pertama setiap bulan. Kemudian di dalam bekas B pula, saya tanam kangkung pada minggu ketiga. Ada 2 minggu jarak.

5. Apakah Khasiat Setiap Makanan?

Kandungan nutrien dan khasiat setiap tumbuhan yang kita tanam juga penting untuk kita ketahui. Maklumat ini dapat memberi kita motivasi untuk menanam. Taklah kita tanam bayam merah hanya untuk memenuhi keperluan serat. Walhal bayam merah mampu menambah kandungan darah merah kita. Tahu tak? Itu pun penting.

Kesimpulannya, saya harapkan dengan kita melampirkan soalan-soalan ini sebelum kita berkebun akan dapat membantu kita untuk lebih istiqamah(konsisten) berkebun.

Izham Alias

Graduan Bacelor Sains Hortikultur, Fakulti Pertanian UPM. Kini bekerja sebagai pensyarah agroteknologi di sebuah kolej komuniti di Sabah. Suka berkebun dan menulis pengalaman berkebun di blog ini. Sebarang pengiklanan, jemputan bengkel/seminar berkebun boleh terus emel ke izham@kebunbandar.com

22 thoughts on “5 Soalan Sebelum Mula Berkebun

  1. Assalamualaukum Tn Izham.
    Tulusan saya ni lebih berupa kepada cadangan.
    Saya adalah guru sekolah rendah yang mengajar Reka Bentuk dan Teknologi dahulunya dikenali sebagai Kemahiran Hidup. Memang opsyen kemahiran hidup.
    Jadi saya cadangkan tuan buatkan kursus atau seminar buat guru2 dgn kerjasama KPM. Sebab topik pertanian ada dlm silibus RBT. Mohon bantu kami guru2 mendalami ilmu pertanian untuk disampaikan kepada murid2.
    Saya yakin subjek RBT akan lebih berkesan dgn guru2 yg mempunyai ilmu yg mantap berkaitan pertanian.
    Saya ingn belajar pendekatan yg betul utk ajar murid2 bertani di rumah sbg satu kemahiran yg boleh di aplikasikan.
    Sekian terima kasih.

    Yang benar,
    Rathna Ismail.

  2. Assalamulaikum

    Terima kaseh encik izham memberi ilmu
    Utk kebun bandar.
    Saya baru mula nak berkebun.

  3. Saya nak bertanya pokok musang king kalau dah brtumur 2 tahun berapa jangkaan ketinggian pokok tersebut

  4. Assalamualaikum,

    Saya ingin mendapatkan benih tanaman yang baik. Mohon sedara dapat syorkan benih yg baik utk saya tanam.

    Salam

    Hisam

  5. Assalaamu’alaikum wr.wb saudara Izham Alias…

    Alhamdulillah, saya sekarang sudah mulai berkebun. hari Sabtu lepas (7 Mei 2015), saya mulai menabur benih kangkung, bayam dan sawi sebagai permulaan seperti yang saudara admin cadangkan.

    Kini sudah 4 hari dan ketiga tiga biji benih sayur itu sudah mulai bertunas dengan subur.

    Cuma saya ingin bertanya, kenapa ada urat putih halus seperti sarang labah-labah muncul pada benih sawi dan bayam yang bertunas itu. Benih kangkung tidak ada pulak. Adakah itu memang prosesnya.

    Terima kasih sudah membantu. Semoga usaha saudara dan rakan2 diberkati Allah SWT. Aamiin.

    Insya Allah, saya akan berkongsi hasil kebun saya di blog saya suatu masa nanti.

    Salam sejahtera dari Sarikei, Sarawak.

  6. Assalaamu’alaikum wr.wb, saudara Izham Alias…

    Tips-tips di atas membantu saya memahami apa yang perlu saya lakukan sebagai pemula yang baru berjinak untuk berkebun saya. Tidak dinafikan banyak perkara saya sedang fikir untuk memulainya. Tulisan di atas secara langsung menjawab apa yang saya ingin tahu.

    Terima kasih dan salam sejahtera dari Sarikei, Sarawak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Content

error: Content is protected !!