fbpx

Cara Proses Buah Mahkota Dewa Jadi Teh Herba Minuman

Buah mahkota dewa mempunyai banyak manfaat.

Di sini saya ajarkan cara menjadikan herba daripada buah mahkota dewa.

1. Petik buah yang berwarna unggu kemerahan. Ketika inilah kandungan antioksidan di dalam buah mahkota dewa tinggi.

[fusion_builder_container hundred_percent=”yes” overflow=”visible”][fusion_builder_row][fusion_builder_column type=”1_1″ background_position=”left top” background_color=”” border_size=”” border_color=”” border_style=”solid” spacing=”yes” background_image=”” background_repeat=”no-repeat” padding=”” margin_top=”0px” margin_bottom=”0px” class=”” id=”” animation_type=”” animation_speed=”0.3″ animation_direction=”left” hide_on_mobile=”no” center_content=”no” min_height=”none”]

Buah Mahkota Dewa
Warna buah mahkota dewa yang sesuai untuk petik buah dibuat herba.

2. Belah dua buah mahkota dewa.

3. Buang biji yang ada di dalam buah ini. Biji buah mahkota dewa adalah beracun.

4. Hiris nipis isi buah mahkota dewa.

5. Selerakkan di atas pinggan atau dulang. Jemur hingga kering. Pastikan jemur di bawah tempat teduhan. Tak sesuai dijemur terus pada pancaran cahaya matahari. Sinar UV akan mengurangkan khasiat buah ini.

6. Setelah kering, hirisan boleh disimpan di dalam bekas.

Penggunaan:

1. Masukkan dua hingga tiga keping hirisan ke dalam air panas 300 mL.

2. Biarkan dalam 5 minit.

3. Minum

Amalkan minum tiga hari sekali jika anda tidak menghidap penyakit kronik.

Jika anda ada penyakit kronik seperti darah tinggi, kanser, dan kencing manis, amalkan minum sekali sehari. Tingkatkan dos sehingga 10 keping hirisan setelah sebulan minum. Apabila penyakit semakin pulih, kurangkan dos. Dan minum seperti normal iaitu tiga hari sekali. Ini kerana jika terlebih dos boleh mendatangkan keburukan.

Khasiat:

khasiat dan manfaat buah mahkota dewa

 

Penafian: Saya bukanlah pengamal herba. Saya tidak bertanggungjawab atas sebarang cara pemakanan buah ini oleh pembaca. Rujuk pakar untuk maklumat lanjut.[/fusion_builder_column][/fusion_builder_row][/fusion_builder_container]

Izham Alias

Graduan Bacelor Sains Hortikultur, Fakulti Pertanian UPM. Kini bekerja sebagai pensyarah agroteknologi di sebuah kolej komuniti di Sabah. Suka berkebun dan menulis pengalaman berkebun di blog ini. Sebarang pengiklanan, jemputan bengkel/seminar berkebun boleh terus emel ke izham@kebunbandar.com

5 thoughts on “Cara Proses Buah Mahkota Dewa Jadi Teh Herba Minuman

  1. Saya berminat untuk dapatkan pokok2 herba untuk dtanam dlm pasu kat rumah. Boleh ke saya pergi ketempat Encik untuk membeli?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Content