Cara Pakaian Keselamatan (PPE) Racun Yang Betul

Sebelum meracun, seseorang itu perlu memakai pakaian keselamatan (PPE) yang betul. Personal Protective Equipment (PPE) perlu sesuai dengan keadaan.

Alat tersebut adalah:

  1. Topi keselamatan
  2. Kaca mata (goggle)
  3. Alat pernafasan
  4. Baju lengan panjang
  5. Apron plastik
  6. Sarung tangan getah
  7. Seluar panjang
  8. Kasut getah
Alat dan pakaian PPE yang betul.

Kepentingan PPE

PPE membantu mengelak sebarang kerosakan kepada diri kita. Ini melibatkan keselamatan diri kita terhadap racun.

Ada satu cerita terkenal ketika saya belajar dahulu. Ada seorang pakcik ini membancuh racun hanya menggunakan tangan. Dia mengacau campuran racun dengan menggunakan tangan tanpa sebarang PPE.

Kesannya, selepas beberapa tahun bekerja dia diserang pelbagai penyakit saraf dan akhirnya membuatkan dia tidak dapat bekerja.

Bak kata pensyarah saya dahulu, kita nak guna badan kita ini lama. Jadi jagalah kesihatan badan kita dengan mengamalkan prosedur pemakaian yang betul untuk meracun.

Memang pada awalnya nampak renyah. Tetapi setelah kita tahu kebaikan terhadap diri kita, insya-Allah yang renyah itu akan jadi mudah.

Rujukan

  1. https://rspo.org/wp-content/uploads/keselamatan-kesihatan-semasa-penyemburan-racun.pdf

emel kebun bandar

Izham Alias

Saya adalah graduan Bacelor Sains Hortikultur, Fakulti Pertanian UPM. Minat membaca dan menulis tentang dunia berkebun di rumah. Kini bekerja sebagai pensyarah agroteknologi di ... kenali lanjut penulis (klik sini)

Tags

Share

    Anda Mungkin Berminat:

    Inginkan Tips Berkebun Lagi?

    Jom langgan emel KebunBandar! Terima tips dan trik berkebun terus ke emel anda secara percuma!
    *Kami juga membenci spam. Anda boleh berhenti melanggan bila bila masa tanpa soal.
    error: Content is protected !!