kompos2

Kompos menjadi bahan bualan untuk pekebun sekarang. Banyak manfaat kompos yang dapat kita nikmati selain mengurangkan bahan buangan di tapak pelupusan sampah.

Kompos meningkatkan kadar penyerapan air dan saliran air tanah. Ia mengurangkan rumpai dan menambah nutrien kepada kebun. Jika anda baru dalam pengkomposan, amat mudah jika hanya menggunakan sisa dapur. Terdapat pelbagai cara untuk mengkompos sisa dapur. Jom simpan dan mulakannya hari ini juga.

Pengkomposan sisa dapur

Mungkin nampak pelik pada awalnya dengan mengumpulkan segala sisa dapur anda di dapur. Pada awalnya kita memanggil ini sampah. Tunggu masa untuk dimasukkan ke dalam tong sampah. Tetapi kini terdapat pelbagai usaha untuk memberi didikan kepada orang ramai bahawa tidak semua sisa dapur itu sampah.

Pengkomposan sisa dapur boleh semudah dengan menaman sisa dapur itu atau mengguna tiga peringkat tong kompos. Hasilnya adalah satu bahan penambahbaik untuk tanah kita yang akan meningkatkan keporosan tanah dan membantu mengekalkan kelembapan tanah.

Bahan yang paling senang terurai adalah daun hijau. Adalah lebih elok jika kita potong sisa dapur kita sehingga 1 cm saiz kubik. Lagi kecil saiznya, lagi cepat ia terkompos. Paling lambat adalah daging dan produk tenusu, walaupun kebanyakan sumber mengatakan bahan-bahan ini tidak sesuai untuk pengkomposan. Untuk elakkan menggunakan daging dan bahan berminyak sebagai ramuan kompos kita.

Timbunan kompos perlu dalam keadaan suhu yang sesuai dan kelembapan yang seimbang untuk memastikan mikroorganisma di dalamnya dapat bekerja dengan baik. Pastikan juga timbunan kompos dilitupi agar tidak dikacau oleh haiwan seperti kucing ataupun anjing.

Kaedah Pengkomposan

Anda hanya perlu ada cangkul dan ruang kecil di belakang rumah untuk pengkomposan. Korek lubang sedalam 30 sentimeter, dan masukkan sisa dapur. Kemudian kambus dengan tanah. Untuk proses pengkomposan berjalan dengan cepat, potong kecil sisa dapur sebelum dikambus masuk ke dalam lubang.

Kaedah lain pula, anda boleh membeli sistem 3-tong kompos. Tong pertama anda masukkan kompos mentah atau sisa dapur yang baharu. Tong kedua masukkan pula yang telah separuh terurai dan digaul rata. Tong ketiga pula mengandungi bahan kompos yang sudah siap untuk diletakkan di kebun anda.

Anda juga boleh membuat satu timbunan kecil di sudut luar rumah dengan isinya adalah daun-daun gugur, sisa potong rumput dan tanah. Pastikan tempat itu terdedah kepada cahaya matahari. Gaulkan kompos itu sekali seminggu agar kelembapannya rata untuk semua bahan. Masukkan sisa dapur juga sambil itu.

Bagaimana hendak kompos sisa dapur

Pengkomposan memerlukan suhu sekurangnya 70 °C, kelembapan sederhana, dan ruang untuk membolak balik timbunan itu. Anda boleh menjadikan pengkomposan sisa dapur seringkas dan sekompleks mungkin, bergantung kepada citarasa anda. Apa yang penting hasilnya yang menakjubkan.

Anda juga boleh menggunakan cacing sebagai bantuan. Teknik ini dinamakan vermikompos, satu teknik yang akan saya ceritakan nanti pula.

Semoga berjaya semua!

Tidak Mahu Terlepas Maklumat Terkini Kebun Bandar?
Saya nak kongsi PERCUMA je buat masa ni. Cepat join!

LANGGAN EMEL KEBUN BANDAR

Masukkan nama dan alamat emel anda

*Kami hormati privasi anda. Bila-bila masa anda boleh berhenti melanggan.