fbpx

Kebaikan Kompos Sebagai Baja Organik Yang Bagus

Kompos adalah baja organik yang disarankan dalam perkebunan organik.

Kompos bukanlah tanah. Kompos terhasil daripada penguraian bahan-bahan organik seperti daun kering, habuk kayu, dan juga sisa-sisa tanaman. Proses penguraian ini dinamakan pengkomposan.

Humus adalah bahan utama di dalam kompos yang membuatkan tanah menjadi subur. Humus bertindak sebagai pemegang nutrien di dalam tanah daripada larutresap (hilang).

Terdapat pelbagai kaedah penghasilan kompos berdasarkan pendekatan yang digunakan. Objektif utama membuat kompos adalah untuk kita dapat menghasilkan baja organik yang berkualiti.

Faedah dan Kebaikan Kompos

Kompos mempunyai banyak kebaikan terhadap tanah. Antaranya:

  • Memperbaiki struktur tanah
  • Membekalkan nutrien yang berterusan kepada tanaman
  • Membuatkan tanah mampu menyerap air dengan bagus
  • Memperbaiki saliran air tanah
  • Menggalakkan pertumbuhan mikrob baik di dalam tanah
  • Menggalakkan cacing tanah
  • Penjimatan kos pembajaan berbanding baja kimia

Aaerobik atau Anaerobik?

Kompos boleh terhasil melalui dua proses iaitu proses aerobik (kehadiran oksigen) dan proses anaerobik (tanpa oksigen).

Kedua-dua proses ini mampu menghasilkan kompos yang berkualiti. Cuma setiap proses ini ada kebaikan dan kelemahannya.

Kompos Aerobik

Kompos aerobik akan menghasilkan kompos yang tidak berbau dan senang dikendalikan.

Namun, semasa proses pengkomposan berlaku, hampir 40% nutrien dalam bahan mentah kompos hilang. Sama ada semasa proses menggaul atau pun larutlesap.

Kompos aerobik didominasi oleh bakteria yang suka akan oksigen. Bakteria ini akan menguraikan bahan-bahan mentah kompos sehinggalah terjadi kompos yang lengkap.

Proses penguraian ini memakan masa biasanya tiga hingga enam bulan. Ini tergantung juga pada faktor suhu dan kepadatan kompos.

Kompos Anaerobik

Kompos anaerobik berlaku tanpa oksigen. Produk sampingan kompos ini adalah alkohol. Sebab itulah kebanyakan kompos anaerobik menghasilkan bau busuk di akhir produk.

Kelebihannya adalah nutrien hanya hilang sekitar 10% sahaja daripada kompos ini.

Kebanyakan bentuk akhir kompos ini adalah dalam bentuk cecair.

Contoh kompos anaerobik adalah seperti kompos bokashi dan baja rumput.

Bantuan Mikroorganisma

Ada kompos yang dihasilkan daripada sisa sampingan haiwan. Antaranya vermikompos dan kompos larva serangga seperti black soldier flies dan kumbang.

Vermikompos adalah kompos yang terhasil daripada tinja cacing. Vermi itu sendiri bermaksud cacing dalam bahasa Grik. Dikatakan baja vermikompos sangat bagus untuk tanaman.

Walaupun begitu, kajian menunjukkan nutrien dalam vermikompos sama sahaja seperti baja kompos yang lain. Kalau ikut pandangan saya, vermikompos cepat terhasil kerana dalam masa 2 minggu sahaja kita boleh dapatkan vermikompos berkualiti.

Membuat Sendiri Kompos DIY

Jika kita memasak, tentunya kita ada sisa dapur untuk dibuang. Maka kita boleh membuat kompos!

Sisa kebun boleh kita jadikan emas hitam ini. Mudah sahaja. Ambil sisa tanaman ini dan longgokkan setempat. Kalau untuk penerangan lanjut, boleh rujuk penerangan saya cara mudah buat kompos.

Izham Alias

Graduan Bacelor Sains Hortikultur, Fakulti Pertanian UPM. Kini bekerja sebagai pensyarah agroteknologi di sebuah kolej komuniti di Sabah. Suka berkebun dan menulis pengalaman berkebun di blog ini. Sebarang pengiklanan, jemputan bengkel/seminar berkebun boleh terus emel ke izham@kebunbandar.com

11 thoughts on “Kebaikan Kompos Sebagai Baja Organik Yang Bagus

  1. Adakah anai2 yg berada dlm kompos (bahan reput dari batang sawit) akan memakan akar sayuran? Adakah mulat pd komplos jugak perosak pada tanaman?

    1. Saya rasa yang tuan maksudkan itu adalah larva kumbang. Ya, boleh merosakkan akar pokok. Sebolehnya buang jika ternampak di dalam kompos. Walaupun bagus untuk kompos tetapi tak bagus apabila ia menyerang anak pokok.

  2. salam! sy nk tny bolehkan serbuk teh atau kopi yg sudah diguna terus dicampak ke tanah tanaman atau itu akan menyebabkan pokok akan mati?

    1. Serbuk kopi dan teh kaya dengan humus. Sangat sesuai dijadikan sebagai salah satu bahan kompos. Juga boleh dibubuh terus pada tanah. Pokok sukakannya!

  3. tutup alah kadar je tempat pengomposan tu, jgn tutup rapat nanti oksigen kurang. lebih elok buat pengomposan di kawasan terbuka/tanah lapang n tutup guna canvers ja.

    Namun jika membuat serum EM1 pula, Tutup ketat botol atau bekas untuk dptkan hasil yang baik. Mikroorganisma dlm serum EM1 tidak memerlukan oksigen untuk proses penguraian.

  4. assalammulaikum..saye student kt terengganu..sye nk thu proses microorganisma atau fungsi organisma dalam pembuatan kompos..

  5. Assalammualaikum!….saya dah mengumpul bahan sisa dapur, tanah, tahi ayam di dalam lubang 2’x3′ yang terdedah dan berair(jika hujan)selama lebihkurang 2 bulan. Adakah campuran itu dah menjadi kompos? Perlukan campuran itu dikeringkan? Perlukah campuran itu ditapis? (mengasingkan bahan halus dan kasar) Terimakasih.

  6. salam apa khabar admin sy nie bru nk berjinak2 dgn organik
    banyak pertanyaan bermain difikiran sy nie,
    skrng nie sy telah mencuba pelbagai kaedah berasaskn organik namun asasnya sy dapat kurang jelas,bagaimana sy blh mendapatkn asas2 e2,blh admin membantu sy.
    1;sekiranya kompos kita buat secara anaerobik bakteria merembeskan alkohol jd mcm mana kita nk mengatasinya
    maksudnya nk elakkan dari proses alkohol e2 berlaku?
    bagaimana nk hubungi admin?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Content

error: Content is protected !!