Sediakan bawang seperti dalam teknik menanam bawang. Seperti sebelah tingkap yang ada cahaya matahari. Ia boleh jadi pokok hiasan penyeri bilik anda.

Kalau boleh, dapatkan tanah + kompos lebih baik. Tak perlu nak taruh baja banyak kalau guna kompos. Kalau nak guna tahi ayam pula, kena guna campuran 3:2:1 (tanah atas: kompos/tahi ayam: pasir).

Cara mudah sahaja. Ambil tiga skop tanah atas campur dengan 2 skop kompos dan 1 skop pasir. Kemudian gaul sehingga sebati iaitu warna dan rasa (feel) tanah nampak serata.

Bawang mempunyai pertumbuhan yang cergas. Campak sahaja boleh hidup. Buktinya, lihatlah bawang yang disimpan dalam peti ais terlalu lama. Beberapa minggu disimpan pasti ia akan mengeluarkan pucuk, bersedia untuk tumbuh.
bawangs

Jarak optimum bawang dalam pasu
 

Dari segi pembajaan, baja NPK hijau boleh digunakan. Kebanyakan kedai hardware ada menjual baja ini dalam paket biasa.

Untuk penanaman dalam pasu, 2 sudu teh baja sudah memadai untuk setiap dua minggu. Jika baja masih berwarna dan kelihatan di atas tanah, tidak perlu ditambah lagi.

Siram apabila tanah dalam pasu mula kering dengan merasa menggunakan jari di atas tanah pasu. Berhenti siram apabila air melimpah keluar bawah pasu.

Jangan terlebih siram kerana mungkin akan menyebabkan bawang diserang kulat apabila tanah terlalu lembab.

Tidak Mahu Terlepas Maklumat Terkini Kebun Bandar?
Saya nak kongsi PERCUMA je buat masa ni. Cepat join!

LANGGAN EMEL KEBUN BANDAR

Masukkan nama dan alamat emel anda

*Kami hormati privasi anda. Bila-bila masa anda boleh berhenti melanggan.