Alat Berkebun – Gunting Pangkas Tanaman (Sekateur)

[fusion_builder_container hundred_percent=”no” equal_height_columns=”no” menu_anchor=”” hide_on_mobile=”small-visibility,medium-visibility,large-visibility” class=”” id=”” background_color=”” background_image=”” background_position=”center center” background_repeat=”no-repeat” fade=”no” background_parallax=”none” parallax_speed=”0.3″ video_mp4=”” video_webm=”” video_ogv=”” video_url=”” video_aspect_ratio=”16:9″ video_loop=”yes” video_mute=”yes” overlay_color=”” video_preview_image=”” border_size=”” border_color=”” border_style=”solid” padding_top=”” padding_bottom=”” padding_left=”” padding_right=””][fusion_builder_row][fusion_builder_column type=”1_1″ layout=”1_1″ background_position=”left top” background_color=”” border_size=”” border_color=”” border_style=”solid” border_position=”all” spacing=”yes” background_image=”” background_repeat=”no-repeat” padding_top=”” padding_right=”” padding_bottom=”” padding_left=”” margin_top=”0px” margin_bottom=”0px” class=”” id=”” animation_type=”” animation_speed=”0.3″ animation_direction=”left” hide_on_mobile=”small-visibility,medium-visibility,large-visibility” center_content=”no” last=”no” min_height=”” hover_type=”none” link=””][fusion_text]

Gunting pangkas atau sekateur (pruning shears / secateurs) ialah sepasang gunting khas memangkas dahan-dahan tanaman pokok (perkataan potong tidak digunakan untuk aktiviti pangkasan pokok). Gunting pangkas ini berbeza dengan gunting kain mahupun gunting untuk siang ikan di dapur.

Kalau ditanya saya, apakah alatan wajib untuk pekebun rumah, gunting pangkas adalah salah satu daripadanya. Jika tiada gunting pangkas, alamatnya kerja kita di kebun kurang berkesan.

Fungi Sekateur

Sebelum kita kenal lebih jauh apa itu gunting pangkas, kita kenal dahulu kepentingan aktiviti pangkasan.

Pangkasan penting bagi:

  • Membentuk rupa pokok
  • Membuang mana-mana dahan atau yang rosak dan tidak diperlukan
  • Menuai sayur dan buah

Ia mampu mencantas ranting dengan ketebalan diameter sehingga  2 cm diameter. Ketebalan atas daripada itu perlu guna lopper.

Jenis Gunting Pangkas

Gunting pangkas ini ada dua jenis. Setiap jenis ada fungsinya yang tersendiri. Mari kita kenal setiap satu.

Gunting Pangkas Anvil

Jenis anvil ini mengandungi satu bilah pisau tajam di atas dan satu lagi rata di bawah. Kalau kita lihat dengan lebih dekat, ia seperti pisau dengan kayu pemotong (anvil). Jenis ini digunakan untuk memotong dahan-dahan tumbuhan yang telah mati dan tidak sesuai untuk dahan yang masih hidup. Jenis ini tidak banyak dijual di Malaysia.

Gunting Pangkas Pintas

Jenis ini menghasilkan pangkasan bersih dengan kedua-dua bilah memintas antara satu sama lain (sebab itu dapat nama pintas). Apabila pangkasan dibuat, bilah tajam akan memintas bilah rata. Jenis ini paling banyak dijual di Malaysia.

Walaupun begitu, ada juga gunting pangkas yang jenis ketiga. Fungsinya masih sama iaitu untuk memangkas, cuma kegunaannya terhad.

Gunting pangkas potong pokok
Kiri: Gunting Pangkas Pintas. Kanan: Gunting Pangkas Anvil. Perhatikan bilah anvil lurus manakala bilah pintas melengkung. (Sumber Foto)

Gunting

Yang ini seperti gunting. Potongannya sama seperti gunting. Sesuai digunakan dalam membentuk pokok bonsai. Walaupun begitu, gunting pangkas ini bukanlah jenis yang kuat. Hanya dahan dan tangkai lembut sesuai digunakan. Jika digunakan untuk yang keras, boleh menyebabkan ia rosak.

Antara tiga-tiga jenis ini, mana yang sesuai untuk anda, si pekebun rumah? Saya cadangkan anda guna gunting pangkas pintas.

Kriteria Penting Sebelum Membeli Gunting Pangkas

Terdapat beberapa kriteria yang perlu kita pertimbangkan sebelum membeli gunting pangkas yang terbaik. Di sini saya senaraikan panduan ringkas.

  1. Rekabentuk selesa – Rekabentuk yang selesa penting agar tangan kita tidak mudah lenguh sepanjang menggunakan gunting pangkas.
  2. Besi berkualiti tinggi – Gunting pangkas biasanya daripada besi. Ada jenis yang disalut dengan bahan tidak melekat. Ini membantu untuk getah pokok tidak melekat pada bilah. Jika boleh dapatkan yang jenis keluli karbon.
  3. Mekanisma kunci – Kebanyakan gunting pangkas ada mekanisma untuk mengunci tutup gunting pangkas. Bukan sahaja untuk keselamatan (anda mungkin terkena bilah tajamnya jika tidak berhati-hati) malahan melindungi bilah gunting pangkas. Dapatkan sekateur jenis tolak lekap.
  4. Mudah dibuka – Ini penting agar kita dapat menyelenggara seperti menajamkan bilah yang mula tumpul dan membuang karat.
  5. Saiz dan berat – Dapatkan yang saiz sesuai dengan tangan kita. Jika kita sentiasa ingin memangkas, sekateur berat akan cepat meletihkan tangan.
Kunci Sekateur
Contoh mekanisma kunci untuk gunting pangkas. (Sumber Foto)

Harga

Harga gunting pangkas bermula dari RM5 sehinggalah RM100. Boleh didapati di kedai hardware, nurseri pokok, kedai pertanian ataupun mana-mana bahagian berkebun di pasaraya besar seperti AEON, Giant dan Tesco.

emel kebun bandar

Untuk kegunaan pekebun rumah, saya sarankan beli yang berharga RM15 ke atas. Ini berdasarkan pengalaman saya, alah membeli menang memakai. Sekateur RM5 gunanya sekejap sahaja. Cepat rosak. Jika sekateur RM15 ke atas, tahan lama selagi kita menjaganya dengan baik.

Begitulah penerangan saya berkaitan sekateur atau gunting pangkas ini. Setelah membaca artikel ini, saya harap anda dapat mula faham kepentingan dan cara terbaik untuk memilih sekateur yang terbaik untuk anda gunakan semasa berkebun.

Nanti artikel seterusnya berkenaan cara memangkas yang betul. Untuk tidak terlepas, langgan emel KebunBandar secara percuma.

Apa kata anda berkaitan artikel ini? Jom komen untuk sama-sama kita bincangkan (lagi jelas lagi bagus).

Rujukan

[/fusion_text][/fusion_builder_column][/fusion_builder_row][/fusion_builder_container]

emel kebun bandar

Izham Alias

Saya adalah graduan Bacelor Sains Hortikultur, Fakulti Pertanian UPM. Minat membaca dan menulis tentang dunia berkebun di rumah. Kini bekerja sebagai pensyarah agroteknologi di ... kenali lanjut penulis (klik sini)

Tags

Share

  1. Saya pun dah lama guna gunting pangkas hampir 10 tahun . Dan terima kasih atas info.
    Saya nak beli ganti sbb yg saya guna sekarang dah lama sgt , dah berkarat.

  2. Maklumat yang amat menarik..tkasih

  3. Terima kasih atas info. Saya guna gunting pangkas. Saya beli di kedai RW2 ok jugs. Saya beli lebih rm2 je.

  4. Assalamualaikum. Terima kasih tuan izham atas penerangan. Alhamdulillah… kedua-dua jenis tu dh lama saya miliki. Balik kg pun saya bawa. Sgt memudahkan kerja memangkas.

  5. Alhamdulillah… kedua-dua jenis tu dh lama saya miliki. Balik kg pun saya bawa. Sgt memudahkan kerja memangkas.

  6. Saya gunakan gunting pangkas.

  7. Assalamualaikum…En.Izham
    Terima kasih di atas penerangan tentang gunting pangkas…saya memang menggunakan gunting berkenaan…tp saya beli yang biasa-biasa shj…setiap kali saya kekebun atau berkebun disekitar rumah, saya pastikan alatan ini mesti dibawa bersama…

  8. Sy beli basic pruner babas harfs dlm rm40..sebrlum ni beli yg harga rm8 tapi tak tahan lama.

  9. Tq kerana share bahan …saya pun guna gunting pokok…kebetulan saya jugak graduate dari UPM Bachelor Sains Ekonomi Sumber…saya pi ke ladang gak…jadi gunting tu memang saya tau…kebetulan saya juga dok kat estet dulu ni…..cuti sekolah atau semerter pegi kerja sambilan di estet sebagai pencantum tunas pokok koko di Bagan Datoh, Perak…jadi gunting pemangkas tu teman rapat saya…ha…ha..ha…tq

  10. Saya guna Gunting Pangkas Pintas untuk
    prunning pokok-pokok saya.

  11. Saya memamg dah lama gunakan gunting pangkas ni

  12. Saya memang menggunakan gunting yang En Izham katakan itu. Memang senang untuk mengunting pokok dan juga menuai sayuran2an.

  13. Assalamualaikum
    Tuan Izham..Terima kasih atas ilmu.
    Alhamdulillah, saya beli gunting pangkas di hardware tapi dh lama… Tapi bila nk petik cili atau nk guna daun kari, saya petik dengan tangan juga sudahnya.

  14. Terima kasih atas info yg di beri. Saya x pasti nama gunting pangkas yang saya gunakan selama ini
    Gunting tu saya beli kat kedai hardware

  15. Terima kasih atas info yg diberi. Sy guna gunting ikan je utk gunting ranting2 atau pokok. Pasni kena p cari satu.

  16. Saya dah lama menggunakan gunting pemangkas…banyak jenis dan kualiti pernah guna..alat yg sgt penting utk seorang pekebun kecil mcm saya..hehe

  17. Nama Pankas saya kurang pasti tapi saya peralatan kebun saya tahu ada yang kecil ada yg besar, ada bentuk mcm garpu ada bentuk mcm diamond

  18. sy guna gunting pangkas jugak…tpi klu ambik daun kari ng pandan pki gnting dapor je

  19. Terima di atas info yg berguna ttg gunting pangkas…saya menggunakan pangkas pintas yg dibeli di kedai2 hardware…banyak membantu kerja2 pemangkasan.

  20. Terima kasih d atas ilmu dan penerangam yg tuan kongsikan.bagi saya gunting pangkas ini saya dah kenal sebelum saya berminat dlm berkebun, apabila saya dah terjebak dlm berkebun saya dah stanby gunting pangkas ni.sampai sekarang saya dah beli sebanyak 5 yg berharga d bawah rm 10 ,dalam 5 tu cuma ada satu yg bertahan sampai sekarang, tidak karat dan rosak.saya guna gunting pangkas ini utk hampir dalam semua perkara dalam berkebun.saya gunakan utk memangkas,membunuh siput .. yg besar dan yg kecil,yg ada cengkeram dan yg tiada cengkeram,mengorek lubang media tanan,utk mwnanam anak benih,menuai, memangkas daun, ranting,batang pokok selagi yg dpt d potongnya dan sebagainya yg saya fikir boleh menggunakannya.sebelum ini saya tidak tau gunting pangkas ini pelbagai jenis dan mempunyai fungsi nya sediri, selama ini saya main bedal saja hahaaaa.terima kasih tuan Izham

  21. Ambil ada pintas pun ada. Sgt membantu dlm kerja mingguan sy.

  22. Sy jg guna gunting pangkas sb sy sgt sygkn pokok2 n tanaman sy
    X smpai hti guna tangan utk patahkn rnting dll sb pokok akn cedera truk
    Lg pn sekali beli tahan lama

  23. Sy juga guna gunting pangkas sb sy yakin pokok2 prlu layann yg baik
    Sy x smpai hti hndak mematahkn rnting dgn tangan bmbang pokok cedera teruk
    Sb tu gnting pgkas penting
    Tanda syg kpd pokok n tanaman kita jg

  24. Terima kasih banyak En Izham atas artikel dan emel yg dihantar sebagai panduan. Sya pun guna gunting pangkas dah lama dah tp yg murah2 je…harga dlm belasan ringgit je kot x ingat, dah lama dh hehehe

  25. Salam encik izham……
    Saya gunakan gunting pangkas ..
    Untuk memotong dahan yang dah kering
    Serta pokok buah dan lain2 lagi…

  26. Saya kenal alat ni semasa kursus KH sekolah menengah.Alat inilah yang paling sesuai untuk kerja-kerja pemangkasan dahan2 lembut dan ranting kecil

  27. OO SAYA DAH BELI YG PINTAS. TP BELUM GUNA.

  28. Sama la saya mmg sentiasa menggunakan gunting pangkas terutama memetik buah……dan memotong dahan2 yg sesuai semasa pemangkasan….tkasih

  29. Saya memang guna gunting pangkas, harga yg sederhana dari mula berjinak jinak dgn cara berkebun bandar.
    Info yg amat berguna dan terima kasih tuan.

  30. Terima kasih ats perkongsian yg sgt bermanfaat..

  31. Gunting pangkas? Jarang guna perkataan tu .Sebut sekateur baru tau.memang wajib ada.senang nak potong ranting2 kecil

  32. Tq en izham membawa saya komen di sini. Huhu mmg selama guna gunting biasa sahaja.. Pasti nk gi beli gunting ni jgk..

  33. Saya memang mengunakan gunting pangkas yang agak mahal sebab saya juga ada menanam pokok koko. Pokok koko selalu kena pangkas tunas air. Kalau saya gunakan yang murah selalu tak tahan lama.

  34. Terima kasih en izham utk info berguna ini. Selama ini saya hanya mggunakan gunting biasa saja utk memangkas pokok saya kerana semua jenis pokok yg saya tanam jenis berbtg lembut dan kecik. Inshaallah saya pasti dptkan 1 gunting pemangkas utk kebun saya nnti.

  35. Tuan
    saya menanam pokok bunga pudding ( sebagai contoh ) tetapi menghadapi masalah rumput.liar dan agak leceh untuk memesinnya
    lalu saya membungkus pangkal nya menggunakan paip PVC 4″ terbuang setinggi 4 inci dan saya tutup dgn keratan polybag untuk mengelakkan rumput liar.

    adakah ia bolih diilakukan?
    ada komen mengatakan , pokok boleh mati sebab panas
    saya ada melihat orang menggunakan teknik tersebut untuk batas sayuran.

  36. terimakasih pd en Izham atas penerangan. Saya memang telah membeli dan menggunakan gunting pangkas. saya beli yang berharga lebih dr rm10.00. mmg tahan lama sehingga sekarang. sy selalu memangkas pokok pelam dpn rumah saya.

    saya ingin bertanya berkenaan pokok durian belanda. pokok saya telah mengeluarkan bunga yang sulong. adakah harapan bunga ini akan menjadi buah yg banyak, sbb bunga nya yang banyak?

  37. Saya kenal gunting pangkas masa sklh rendah lagi sbb selalu tlg atuk & ayah petik koko. Zaman budak2, dpt peluang mcm tu.. seronok sgt 😁 lps dh belah (sambil2 hisap beberapa biji koko 🙊), jemur tgh panas byk kali sampai cukup kering. Lps tu boleh lah jual 💰

Anda Mungkin Berminat:

error: Content is protected !!