Ingin tahu cara buat dedak bokashi? Jika persoalan ini muncul, anda mungkin tertanya-tanya apa itu bokashi? Jika itu, boleh rujuk penulisan kami yang lain ini berkaitan cara pembuatan kompos bokashi untuk anda lebih menghargai pembuatan dedak bokashi.
Kompos bokashi telah menjadi sebahagian rutin penghasilan kompos di rumah saya. Tiada lagi sisa dapur dibazirkan. Malahan saya tidak perlu lagi berasa leceh untuk membuang bungkusan sampah dari rumah kerana tiada lagi air sampah meleleh di rumah saya. Hanya ada sampah kering sahaja.
Dan yang paling utama, tanaman saya sukakan kompos jenis ini. Saya dapat gunakan cecair terhasil semasa pembuatan kompos bokashi sebagai siraman. Manakala setelah siap diperam selama dua minggu, saya dapat menanam kompos bokashi sebagai baja untuk kegunaan tanaman saya.
Pada awalnya saya membeli dedak bokashi (beli sini) ini. Setelah bebepa penghasilan kompos bokashi, saya ingin cabar diri untuk membuatnya sendiri.
Terdapat dua cara untuk membuat dedak bokashi iaitu pertama menggunakan Effective Microorganism (EM1) dan kedua pula menggunakan bakteria yang ada di sekeliling kita.
EM1 mempunyai pelbagai campuran mikrob baik. Antara dalam campuran ini adalah bakteria asid laktik. Pernah lihat iklan Yakult dan Vitagen? Kedua-dua minuman ini menggunakan bakteria asid laktik sebagai bakteria utama minuman.
Dalam EM1 sendiri ada bakteria asid laktik ini dan juga pelbagai mikrob lain. boleh rujuk penulisan saya sebelum ini kalau nak tahu pasal EM-1 dan kebaikan yang ada.
Perbezaan paling ketara apabila menggunakan EM1 dalam penghasilan dedak bokashi ini adalah hasil yang konsisten. EM1 menjanjikan hasil yang sama setiap kali anda gunanya.
Manakala mikrob buatan sendiri terpaksa anda berdoa agar cukup untuk membiak dalam perumah. Kadang jadi, kadang tidak seperti yang diharapkan. Yis dan bakteria asid laktik mungkin hadir dalam dedak bokashi anda tetapi mikrob lain mungkin tidak dalam kuantiti yang diharapkan.
*Untuk jumlah yang lain, anda hanya perlu gunakan air (40 bahagian), EM1 (1 bahagian) dan molases atau gula merah (1 bahagian). Secara mudahnya EM1 dan molases adalah 2.5% daripada jumlah air digunakan. Contohnya nak guna 5kg dedak beras, maka boleh guna 2L air dan 50mL EM1 dan 50 molases.
* Jika tiada molases, boleh guna gula merah sebagai makanan kepada mikrob dalam EM1
*Selain dedak beras, boleh juga guna bahan asas karbon lain seperti kertas, surat khabar, sekam padi, dedak gandum, cocopeat atau peatmoss.
Selama proses peram ini, jangan sesekali buka plastik tersebut. Jika tidak peraman mungkin tidak menjadi. Peraman ini adalah masa untuk mikrob EM1 membiak di dalam perumah iaitu dedak beras. Biasanya semua penggunaan EM1 memang ada tempoh peraman selama 2 minggu minimum.
Selepas dua minggu, anda boleh buka beg plastik dan lihat rupa bokashi bran anda. Jika berbau manis manis masam, bermakna penapaian anda menjadi. Jika ada kulat putih atau hijau pada dedak bokashi, tetap tanda ia jadi.
Tetapi jika bau masam dan busuk dan ada kulat hitam pada bokashi beran anda, tanda tidak jadi. Bokashi bran yang rosak ini jangan buang begitu. Boleh ditanam di sekitar pokok untuk dijadikan sebagai baja tambahan.
Setelah siap bokashi bran, untuk tahan lama, anda boleh menjemurnya secara indoor sehingga kering. Setelah kering boleh lah simpan dedak ini di dalam bekas kedap udara. Bokashi bran yang kering boleh disimpan selama bertahun lamanya selagi disimpan di dalam bekas kedap udara.
Cara kedua pembuatan bokashi bran ini adala dengan menggunakan susu. Susu digunakan sebagai bahan untuk menghasilkan bakteria laktik asid. Untuk itu rujuk penulisan saya tentang pembuatan serum BAL.
*Nisbah penggunaan serum BAL ini adalah 2:1:10 (2 serum BAL, 1 molases, 10 air)
Penerangan siap sama sahaja seperti pembuatan bokashi bran menggunakan EM1. Rujuk di atas cara proses untuk simpanan bokashi bran.
Umumnya, kita diajar bahawa bakteria anaerobik ini tidak elok untuk pertanian. Bakteria anaerobik menghasilkan bau busuk dan melepaskan gas rumah hijau yang mampu meningkatkan pemanasan global. Tetapi alam semula jadi tidaklah sebegitu ringkas kefahamannya.
Bakteria di dalam EM-1 adalah bersifat fakultatif iaitu berubah sifatnya mengikut keadaan. Walaupun pada dasarnya mikrob EM-1 lebih menggemari keadaan tanpa oksigen. Bakteria anaerobik dalam sistem bokashi ini menghasilkan gula, alkohol dan nutrien. Sebatian ini bagus untuk tumbuhan dan tanah.
Selain daripada kompos bokashi, dedak bokashi ini anda boleh gunakan untuk pelbagai cara. Antaranya:
Sebagai tambahanan makanan ternakan. Dalam 1 kg makanan ternakan seperti ayam, tambah satu genggam dedak bokashi. Ayam anda akan lebih sihat dan bau tahi ayam tidak akan sebusuk sebelum ini
Sebagai pencepat kompos. Jika anda ada membuat kompos luar, anda boleh menambah 2-3 genggam bokashi dan menggaulnya. Kandungan mikrob dalam bokashi ini mampu mempercepatkan penghasilan kompos anda.
Penghasilan dedak bokashi menggunakan EM1 dan serum BAL setiapnya ada kelebihan dan kekurangan. Tentunya bagi saya, lebih saya suka untuk gunakan EM1 kerana hasil yang konsisten dan cepat.