fbpx

Botol Plastik Sebagai Penyiram Automatik

Demi menyelamatkan alam sekitar, apa kata kita guna semula botol plastik yang banyak terbuang sebagai alat siraman automatik? Jom kita jadi kreatif guna semula botol plastik sebagai alat sistem siram pokok automatik.

Prinsip ini digunakan sesuai untuk orang yang sibuk. Tambahan kita juga dapat menjimatkan air. Pokok menyerap air berdasarkan keperluannya.Botol Air Siram

Bahan:

1. Botol plastik

2. Paku

Kaedah:

1. Tebuk dahulu lubang pada botol plastik dengan paku

Sistem Siram Pokok Automatik

2. Isi botol plastik dengan air sehinga penuh. Tutup botol dengan penutup yang telah dilubangkan tadi.

3. Tanam botol plastik pada sebelah pokok. Sebolehnya sehingga botol stabil tidak goyah.

botol-air-siram-auto

Dengan ini air akan turun sedikit demi sedikit. Sambil itu pokok boleh menyerap air apabila perlu. Kita juga dapat menjimatkan air. Mengikut pengalaman, cucaca di Malaysia, dengan menggunakan botol 1.5 L, pokok dapat minum selama 3 hari.

jimat-air-musim-panas

Lagi kecil lubang titisan, lagi lambat habis. Lagi lambat habis, lagi bagus sebab kita dapat bercuti lebih lama tanpa risau tanaman di rumah haus. Betul tak?

Apa kata pembaca lain? Pernah buat? Jom kongsi pengalaman dengan komen di bawah.

Izham Alias

Graduan Bacelor Sains Hortikultur, Fakulti Pertanian UPM. Kini bekerja sebagai pensyarah agroteknologi di sebuah kolej komuniti di Sabah. Suka berkebun dan menulis pengalaman berkebun di blog ini. Sebarang pengiklanan, jemputan bengkel/seminar berkebun boleh terus emel ke izham@kebunbandar.com

58 thoughts on “Botol Plastik Sebagai Penyiram Automatik

  1. Salam saudara. Saya menanam anak pokok durian di kebun lereng bukit. Buat masa ini saya belum bercadang mengunakan sistem air titis mengunakan pam. Kalau saya gunakan botol mineral water 600ml dah tebuk lunamg dibawah botol kemudian tanam dalam 2 inci botol tersebut. Berapa lama baru air dalam botol kering. Saya cuba tebuk bottol plastik gunakan jarum dan letakkan di tepi sinki. Dalam setengah hari botol kering. Macam mana hendakkan air kering dalam 4 atau 5 hari. Dusun saya jauh dari rumah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Content

error: Content is protected !!