fbpx

Pokok Sihat Dengan Semburan Kalsium

[fusion_builder_container hundred_percent=”yes” overflow=”visible”][fusion_builder_row][fusion_builder_column type=”1_1″ background_position=”left top” background_color=”” border_size=”” border_color=”” border_style=”solid” spacing=”yes” background_image=”” background_repeat=”no-repeat” padding=”” margin_top=”0px” margin_bottom=”0px” class=”” id=”” animation_type=”” animation_speed=”0.3″ animation_direction=”left” hide_on_mobile=”no” center_content=”no” min_height=”none”]

kredit foto: wikihow.com
kredit foto: wikihow.com

Kalsium (Ca) adalah sumber makronutrien kepada tumbuhan selepas Nitrogen (N), Fosforus (P), dan Kalium (K). Ia amat penting dalam memberi manfaat kepada pokok seperti mengelak dan mengurangkan nekrosis daun, lebam akar, serangan kulat, batang pokok lemah dan pertumbuhan terencat.

Selain itu, kalsium juga penting dalam meningkatkan pembahagian sel untuk tanaman seperti tomato, ubi kentang dan jagung.

Apabila tanah berasid (bawah pH <7), jumlah kalsium di dalam tanah itu berkurangan. Ini menyebabkan akar pokok sukar menyerap kalsium dari tanah.

Namun begitu, ia berbeza jika kalsium diberikan melalui semburan.

Di sini saya berkongsi kaedah mudah membuat cecair semburan kalsium kepada pokok.

 

Air rebusan telur

1. Rebus 10 biji telur dengan 1.5 L air.

2. Kemudian setelah telur rebus masak, ambil air tersebut dan sejukkan selama 24 jam.

3. Air tersebut seterusnya disimpan dalam bekas kedap udara.

4. Guna dengan mengisinya dalam botol semburan dan sembur kepada daun pokok.

 

Air rendaman cengkerang telur

1. Campurkan 4 L air dengan cengkerang telur di dalam satu bekas.

2. Peram selama sebulan.

3. Kemudian tapis air peraman tersebut untuk digunakan.

4. Sisa telur boleh ditanam di dalam tanah sebelah pokok atau masuk ke dalam tong kompos.

5. Apabila ingin menyembur, gunakan nisbah 1:4 campuran iaitu 1 cawan air peraman dengan 3 cawan air.

6. Masukkan ke dalam botol semburan dan sembur pada pokok.

Semburan kalsium boleh dibuat seminggu sekali.

Nota: Sebelum menyembur seluruh pokok dengan cecair kalsium, paling penting untuk kita menyembur dahulu dengan skala kecil. Sembur pada beberapa daun pokok dahulu. Lihat kesannya selepas beberapa hari. Jika ada tanda melecuh, kurangkan kepekatan larutan. Penting juga untuk tidak menyembur semasa panas terik. Ini bagi mengelakkan tanaman terbakar dan layu selepas penyemburan.[/fusion_builder_column][/fusion_builder_row][/fusion_builder_container]

Izham Alias

Graduan Bacelor Sains Hortikultur, Fakulti Pertanian UPM. Kini bekerja sebagai pensyarah agroteknologi di sebuah kolej komuniti di Sabah. Suka berkebun dan menulis pengalaman berkebun di blog ini. Sebarang pengiklanan, jemputan bengkel/seminar berkebun boleh terus emel ke izham@kebunbandar.com

9 thoughts on “Pokok Sihat Dengan Semburan Kalsium

  1. bleh atau tidak jika kulit telor tersebut diganti kan dengan serrbuk kalsiam yg sedia ada dipasaran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Content