
Rockmelon paling sesuai ditanam secara fertigasi.
Rockmelon adalah buah daripada keluarga melon seperti tembikai.
Maklumat Botani
Semaian
Saya sarankan guna benih Sakata Glamour (beli sini). Setakat ini saya berjaya tanam tanpa ada masalah besar.
Paling penting sediakan media semaian yang bagus. Ada pelbagai kaedah yang digunakan. Cara saya hanyalah menggunakan 2 bahan iaitu peatmoss (beli sini) dan vermikompos (beli sini).
[ Beli peat moss di sini (shopee) ]
[ Beli vermikompos di sini (shopee) ]
Campur kedua-dua bahan tersebut pada nisbah 1:1 dan gaul rata. Nisbah 1:1 ini bermakna kiraan pada isipadu dan bukannya berat. Contohnya kita ambil 1 baldi peatmoss dan 1 baldi vermikompos. Gaul rata sehingga tidak nampak rupa di antara dua bahan tersebut.
Saya guna talam semaian lubang 104.
Tabur sahaja media semaian yang telah kita buat tadi ke dalam lubang talam sehingga penuh.
Kemudian tanam biji benih dengan muncung menghala ke dalam. Tekan perlahan-lahan biji benih sehingga tenggelam penuh. Jangan terlalu dalam, jangan terlalu cetek sehingga nampak benih.
Setelah semai semua biji benih rock melon, boleh siram. Saya suka guna kepala penyiram halus ini. Mudah digabungkan dengan mana-mana botol 1.5L. Siraman halus ini membolehkan benih tidak terkeluar dari media semaian.
Selepas siraman dilaksanakan, boleh balut talam semaian menggunakan plastik hitam. Paling bagus guna plastik sampah. Letak di bawah tempat berbumbung yang tidak panas. Sebab kita balut adalah bagi mengekalkan kelembapan dan haba sekata pada biji benih.
Buka setiap 24 jam untuk cek percambahan benih. Jika nampak sahaja kelibat benih sudah mula bercambah, boleh la buka terus plastik dan letak talam semaian itu di tempat separa redup.
Maksimum kita balut adalah 2 hari. Selepas itu terus buka balutan walaupun tidak nampak kelibat benih bercambah.
Ikut pengalaman saya, benih yang bagus akan bercambah sekitar 3-4 hari.
Tentunya paling bagus adalah menanam di dalam polibeg.
[ Beli polybag di sini (shopee) ]
Sebahagian pautan dalam pos ini ialah pautan afiliasi Shopee. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, saya mungkin menerima komisen kecil tanpa menambah kos kepada anda.
