fbpx

3 cara menghapuskan afid di kebun

[fusion_builder_container hundred_percent=”yes” overflow=”visible”][fusion_builder_row][fusion_builder_column type=”1_1″ background_position=”left top” background_color=”” border_size=”” border_color=”” border_style=”solid” spacing=”yes” background_image=”” background_repeat=”no-repeat” padding=”” margin_top=”0px” margin_bottom=”0px” class=”” id=”” animation_type=”” animation_speed=”0.3″ animation_direction=”left” hide_on_mobile=”no” center_content=”no” min_height=”none”]

serangan afid atau bena
Serangan afid pada batang pokok. (sumber)

Apabila anda melihat tanaman anda mempunyai bintil-bintil hitam di batang dan belakang daun, tanda tanaman anda sudah terkena serangan afid. Antara simtom lagi terdapat semut menghurungi bintil-bintil hitam itu.

Tanaman yang diserang afid akan mengecil, terbantut dan tidak membesar. Serangan afid tidaklah teruk tetapi kesannya teruk. Ia akan membuatkan tanaman anda lemah dan tidak berdaya melawan serangan penyakit kerana nutrien diserap oleh serangga drakula itu.

Terdapat beberapa cara untuk melawan serangan afid ini;

Gunakan apa yang ada di kebun

Pancutan air hos terus ke tanaman anda mampu melawan afid yang menyerang. Sembur sekuatnya sehingga afid yang melekat pada batang pokok tercabut dan jatuh. Afid tidak mampu kembali ke tempat serangan.

Bela serangga pemangsa

Kumbang kekura (ladybird) adalah pemangsa terbaik buat afid. Cara untuk menarik kumbang kekura datang ke kebun anda mudah sahaja – tanam pokok bunga. Pokok bunga seperti siantan, bunga matahari, melur dan ros mampu menarik kumbang kekura singgah ke kebun anda.

Tanam tanaman penghalau

Kisah drakula takutkan bawang bukanlah mitos. Bawang putih dan bawang merah mampu menghindarkan afid daripada singgah pada tanaman anda. Afid tidak suka akan bau bawang yang tengit.

Dengan mengetahui 3 tip ini anda sudah tahu bagaimana hendak kendalikan serangan afid.[/fusion_builder_column][/fusion_builder_row][/fusion_builder_container]

Izham Alias

Graduan Bacelor Sains Hortikultur, Fakulti Pertanian UPM. Kini bekerja sebagai pensyarah agroteknologi di sebuah kolej komuniti di Sabah. Suka berkebun dan menulis pengalaman berkebun di blog ini. Sebarang pengiklanan, jemputan bengkel/seminar berkebun boleh terus emel ke izham@kebunbandar.com

5 thoughts on “3 cara menghapuskan afid di kebun

  1. Salam. Saya sudah beberapa kali cuba menanam cili tetapi setiap kali pokok cili saya mula membesar ianya diserang aphids. Bermacam cara saya guna untuk mengelak tetapi tetap kena dan akhirnya pokok cili saya menjadi tidak sihat seterusnya tidak produktif dan terpaksa dicabut dan dibuang. Apakah kaedah terbaik bagi menghalang kehadiran aphids ni tanpa menggunakan sebarang racun serangga. Nak gunakan kaedah kawalan biologi mana nak dapat Ladybug?

    Terima kasih

  2. Saya nak hilangkan semut merah yang menyerang tanah tanaman saya sekaligus membawa koya.. boleh saya tahu caranya?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Content

error: Content is protected !!