fbpx

1001 Garden Plants in Singapore

1001_Garden_Plants_in_Singapore

Assalamualaikum dan hai semua!

Dalam sesi ini mari kita mengenali sebuah buku yang menjadi rujukan masa kini untuk tanaman hiasan di Malaysia (dan Singapura). Buku tersebut bertajuk 1001 Garden Plants in Singapore / 1001 tanaman hiasan di Singapura.

Buku ini bagi saya cukup komprehensif dan ringkas bagi memperkenalkan jenis-jenis pokok hiasan yang sesuai di tanam di negara beriklim tropika khasnya Malaysia (dan Singapura).

Ia menjadi rujukan bagi hampir semua nurseri-nurseri di Malaysia sebagai panduan untuk pembeli membeli jenis-jenis tanaman hiasan yang diminati. Pensyarah saya juga mencadangkan guna buku ni sebagai rujukan ringkas. Cuma, biasalah, apabila ia diterbitkan di Singapura, hampir semua tanaman yang dikatakan boleh hidup di Malaysia diakui juga asalnya dari Singapura walhal ia sama sekali tak betul. Ada juga saya dapati kesalahan ejaan untuk Malaysia diejanya Malayzia, Mzia dan sebagainya.

Nak buat macam mana, buku lengkap tanaman hiasan di Malaysia sukar nak jumpa. Kalau ada pun… tak menepati kriteria-kriteria yang dikehendaki.

Isi kandungan buku 1001 Garden Plants in Singapore.
Pembahagian kategori tanaman hiasan.
Simbol-simbol ringkas membantu pembaca faham cara jagaan pokok hiasan.
Antara isi buku ini.

Apapun, antara yang boleh diringkaskan:

Kelebihan:

1. Penerangan ringkas mengenai setiap jenis tanaman hiasan.

2. Pengelasan pokok yang pelbagai. Mudah untuk mencari pokok yang diminati.

3. Glosari yang pelbagai – nama biasa, nama saintifik (pengelasan berdasarkan famili)

4. Mempunyai gambar bagi setiap pokok. Mudah untuk kenalpasti pokok.

5. Perbandingan saiz dengan pen kilometrico. Mudah untuk pembaca membayangkan saiz sebenar pokok.

6. Simbol cara jaga pokok yang ringkas dan mudah difahami.

Kekurangan:

1. Nama tempatan (Malaysia) tidak dinyatakan sangat. Susah untuk orang tempatan baca.

2. Lebih kepada nama tempatan Inggeris. Sukar untuk orang tempatan tangkap nama pokok.

3. Beberapa spesis tidak lengkap seperti kaktus.

Ringkasnya, buku ini memang berbaloi untuk dibeli kerana padat dengan maklumat ringkas pokok-pokok yang sesuai untuk ditanam di halaman rumah kita. Namun, penerangan cara penjagaan pokok tak diterangkan begitu jelas dalam buku ini mungkin kerana tak cukup ruang. Ia lebih bersifat sebagai katalog buku atau direktori buku tanaman hiasan. Lebih kurang macam yellow Pages untuk pokok hiasan.

Hanyalah simbol-simbol ringkas digunakan untuk menunjukkan sama ada pokok tersebut sesuai ditanam di tempat bercahaya penuh atau bawah teduhan.

Jadi pembaca dinasihatkan untuk mencari maklumat lanjut di Internet atau buku-buku lain mengenai pokok yang ingin pembaca tanam. Buku ini hanyalah boleh memberi panduan kepada pembaca untuk mengenali nama pokok hiasan untuk memudahkan pencarian maklumat lengkap mengenainya melalui sumber lain pula.

Izham Alias

Graduan Bacelor Sains Hortikultur, Fakulti Pertanian UPM. Kini bekerja sebagai pensyarah agroteknologi di sebuah kolej komuniti di Sabah. Suka berkebun dan menulis pengalaman berkebun di blog ini. Sebarang pengiklanan, jemputan bengkel/seminar berkebun boleh terus emel ke izham@kebunbandar.com

8 thoughts on “1001 Garden Plants in Singapore

  1. saya memang sedang mencari buku ini.. ( 1001 garden plants in singapore ) Dimana dan bagaimana cara nya mendapatkannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Content