limau kecutKualiti jus buah sitrus, seperti limau, selalunya bertambah apabila semakin lama ia di pokok, ada juga yang apabila terlalu menjadi kecut atau kering. Oleh itu, menuai buah limau tepat sebelum ia menjadi kuning adalah waktunya. Apapun, masalah buah limau kecut atau juga kering ada berlaku, dan ini menjadi salah satu hal yang sering pekebun rungut.

Punca buah limau kering

Mencari punca buah limau kering boleh memenatkan melainkan anda tahu hendak apa perlu dicari. Terdapat beberapa sebab mengapa limau kering dan lembik. Limau kering mungkin boleh dikaitkan dengan kekurangan air, terlebih masak, pokok muda, kekurangan nutrien atau stres – akibat daripada pembajaan atau penanaman yang salah – dan perubahan ketara suhu persekitaran.

Salah penyiraman – Teknik penyiraman yang salah antara faktor biasa menyebabkan limau kering. Limau memerlukan air yang banyak terutamanya ketika proses pembuahan berlaku. Apatah lagi yang ditanam di dalam bekas seperti pasu besar. Kekurangan air menyebabkan kualiti jus dalam buah limau dan menyebabkan kenapa buah limau kering. Berikan pokok limau air yang banyak sekurangnya dua kali seminggu, terutamanya pada musim kering.

Terlalu matang – Membiarkan buah limau terlalu lama di atas pokok boleh menyebabkan buah kering. Limau selalunya dipetik apabila mendekati indeks kematangan, ketika ia masih hijau. Jangan biarkan ia menjadi kuning.

Pokok terlalu muda – Pokok muda limau, terutama yang baharu dua atau tiga tahun, selalunya menghasilkan limau kering. Dengan pertambahan kematangan umur pokok, kualiti jus limau akan bertambahbaik dengan sendirinya.

Kekurangan nutrien/stres – Kekurangan nutrien atau stres boleh juga menyebabkan limau kering. Teknik pembajaan yang salah antara penyumbannya. Pembajaan biasanya dilakukan setahun sekali, walaupun ada yang mengsyorkan dua kali setahun, setiap 6 bulan sekali.

Penanaman yang salah dan saliran tanah kurang membawa kepada limau kering. Kedalaman penanaman dan tanah yang sihat adalah antara faktor yang boleh dilihat apabila limau kering. Pokok limau hendaklah ditanam sama atau 3 cm dalam bersamaan akarnya. Untuk memastikan tanah yang sihat, gaulkan dengan kompos. Juga perlu ingat pokok limau menggemari pH antara 6.0-6.5. Pastikan juga saliran air di kawasan penanaman berjalan dengan baik.

Pokok limau hendaklah ditanam di tempat yang mempunyai cahaya matahari penuh.

Jika anda melihat buah limau anda kering, ia mungkin disebabkan beberapa akibat. Apabila anda dapat menghapuskan akibat itu, anda boleh melihat dan membaiki dengan faktor yang mempengaruhinya pula.