Terdapat pelbagai jenis nama tumbuhan di dunia ini. Semuanya mempunyai nama Latin. Lalu, apakah nama Latin? Mengapa nama Latin? Nama Latin merujuk nama saintifik tumbuhan yang khusus.

Nama tempatan untuk sesuatu tumbuhan mungkin pelbagai. Contohnya kacang. Kacang boleh mewakili kacang tanah, kacang panjang, kacang renek ataupun kacang kuda. Tetapi apabila sebut Vigna unguiculata, kita sudah tahu spesis tersebut adalah kacang panjang.

Penamaan nama botani (nama botani juga merujuk sebagai nama saintifik untuk tumbuhan) bermula oleh Carl Lineus sekitar kurun ke-17. Beliau menamakan tumbuhan berdasarkan “genus” dan kemudian “spesis”.

Merujuk kacang panjang tadi, Vigna = genus; unguiculata = spesis.

Apakah kelebihan mengetahui nama botani?

Mungkin tidak semua nama botani tumbuhan akan kita ingat. Tetapi cukuplah untuk mengetahui nama-nama botani tumbuhan yang kita tanam di rumah. Dengan mengetahui nama botani tumbuhan di sekeliling kita, ia akan memudahkan kita untuk mencari maklumat tentang tumbuhan tersebut seperti cara penyiraman, habitat, cara penjagaan, pembiakan dan penanaman. Ini secara tak langsung dapat membantu kita menjadi seorang pekebun yang ada ilmu.

bunga ros

Rosa indica

 

Mudahlah kita untuk tidak ditipu oleh penjual tumbuhan di nurseri atau pasar malam tentang sesuatu tumbuhan. Contohnya pokok bunga ros. Ada yang mengatakan ia hanya hidup di tanah tinggi seperti Cameron Highland. Itupun kerana mendengar kata-kata daripada jiran ataupun kawan-kawan yang tidak berkebun.

Walaupun ros mempunyai banyak spesis, tetapi jika kita tahu nama botani yang spesifik bagi ros yang kita mahu tanam di rumah, ini akan memudahkan kerja kita.

Kesimpulannya, nama botani mungkin tidak kita ingat semuanya, tetapi cukuplah sekadar kita tahu bagaimana untuk mencari di mana tempatnya mengetahui nama botani tumbuhan sudah memadai. Ia pasti akan membantu kita banyak dalam kita menambah ilmu berkebun kita.

Saya sarankan supaya bagi pekebun yang minat lamannya penuh dengan tanaman hiasan untuk memiliki buku 1001 Garden Plants of Singapore. Buku tersebut sangat sesuai buat kita yang masih lagi merangkak mencari nama botani tumbuhan. Dengan gambar yang ada, kita akan cepat mengenali mana tumbuhan yang kita minat untuk ditanam di rumah kita.

Tidak Mahu Terlepas Maklumat Terkini Kebun Bandar?
Saya nak kongsi PERCUMA je buat masa ni. Cepat join!

LANGGAN EMEL KEBUN BANDAR

Masukkan nama dan alamat emel anda

*Kami hormati privasi anda. Bila-bila masa anda boleh berhenti melanggan.