MSG atau asid glutamik bebas (monosidium glutamate) banyak digunakan dalam masakan. Persoalannya sekarang adakah MSG sesuai digunakan di kebun kita? Ada kesan racun atau tidak?

Dalam artikel kali ini saya akan terangkan apa itu MSG dan bagaimana mampu bertindak sebagai penggalak tanaman berbanding sebagai baja tanaman.

Penggalak Tanaman – AuxiGro

Pada tahun 1998, sebuah syarikat Amerika telah mengeluarkan sebuah produk pertanian berasaskan MSG (monosodium glutamate) sebagai bahan utama. Produk itu dinamakan AuxiGro dan dilabelkan sebagai ‘plant booster’ (penggalak tanaman). Tumbuhan yang disembur AuxiGro  akan membesar dua hingga lima kali ganda berbanding tumbuhan yang tidak disembur AuxiGro .

Tumbuhan yang menerima semburan MSG dalam AuxiGro menerima seakan signal palsu bahawa ia dalam keadaan ‘stres’. Tumbuhan ini seterusnya bertindak balas dengan menyerap dan mengeluarkan nutrien tambahan dari dalam tanah. Kesannya ia mengeluarkan pucuk baru, saiz batang, daun dan buahnya menjadi berganda besar daripada normal. Hebatkan hasilnya?

Bahan MSG Alternatif – Ajinomoto

Walaupun kita tidak dapat membeli AuxiGro, kita boleh menggunakan jenama alternatif seperti Ajinomoto. Ajinomoto adalah antara jenama terkenal di kalangan rakyat Malaysia sebagai bahan penyedap rasa kaya dalam makanan.

Beberapa wargamaya di KBJTS melaporkan tanaman mereka menjadi lebih subur setelah disembur MSG.  Terutama pada pokok yang susah nak berbunga. Sayur pula akan membesar dua tiga kali ganda saiz daunnya. Bukankah ini kesan sama dengan AuxiGro? Hebatkan hasilnya?

Memang benar, ada banyak bahan bukan baja yang boleh digunakan untuk menyuburkan tanaman. Bahan-bahan tersebut banyak tersedia di sekitar kita, misalnya air cucian beras, hampas teh dan kpoi, kulit telur, dan micin atau penyedap rasa.

Kenapa MSG bisa menyuburkan tanaman?

MSG merupakan garam natrium daripada asid glutamat. Asid glutamat adalah salah satu asid amino tak perlu yang banyak terdapat di alam. Alasan kenapa MSG boleh digunakan untuk baja tanaman adalah adanya natrium (Na) tersebut. Natrium (Na) adalah salah satu unsur nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan.

Apa peranan natrium (Na) pada tanaman?

Natrium adalah salah satu unsur nutrien fungsional dan bukan termasuk unsur nutrien perlu. Natrium bukan merupakan unsur nutrien yang “sangat” penting bagi tanaman. Sebab, tanpa natrium (Na) pun tanaman masih mampu tumbuh normal dan subur, asalkan unsur-unsur nutrien lainnya terpenuhi.

Unsur nutrien fungsional nermakna peranan boleh digantikan oleh unsur lain seperti kalium (K). Cuma dengan keberadaan natrium dapat membantu membuat tanaman menjadi lebih subur. Ia berfungsi dalam pembukaan stomata, pembentukan umbi, mencegah busuk umbi. Fungsi ini seakan dapat mengganti kalium (K).

Benarkah natrium mampu menggantikan kalium?

Setelah membuat bacaan semua, kita dapat membuat kesimpulan bahawa natrium hanya boleh menjadi pengganti kepada K. Oleh itu saya boleh kategorikan ini dalam bentuk penggalak tanaman. Baja itu sendiri perlu menjadi bekalan nutrien kepada tumbuhan. Baja pula perlu berdiri sendiri kuat dalam membantu tumbesaran tumbuhan.

Penggalak tanaman boleh jadi ada atau tidaknya ia, tetap tumbuhan boleh hidup subur. Bermakna kita tetap perlu memberi baja kepada tanaman kita.

MSG ini hanyalah penggalak tambahan. Macam kita makan nasi, ayam dan sayur. Kita tambah kicap untuk sedap rasa. Begitulah MSG kepada tanaman. Hanya kicap penambah rasa. Pokok cantik asalkan kita makan yang utama dahulu.

Bancuhan Ajinomoto Untuk Tanaman Pokok

Sini saya kongsikan resipi untuk kita jadikan MSG sebagai penggalak tanaman di kebun.

Terdapat dua kaedah.

Kaedah pertama:

Sukatan:

  1. 1 sudu teh (5 g) Ajinomoto per pasu
  2. Tabur terus ajinomoto sebagai penggalak tanaman di sebelah pokok. Kemudian siram dengan air.

Kaedah kedua:

Sukatan:

  1. Pokok kecil – 1 sudu makan (15 g) + 5 L air (seperti sawi, kangkung, bayam, salad, pokok kari, serai, pandan dan lain-lain.)
  2. Pokok besar (umur setahun ke atas) – 5 sudu makan (75 g)  + 1 L air (seperti pokok mempelam, pokok rambutan, manggis dan lain-lain.)
  3. Siram keliling pokok dan sembur pada batang dan daun pokok. Kekerapan siraman adalah seminggu sekali.

Kesannya biasa dapat dilihat seminggu selepas penyiraman atau semburan dibuat. Pucuk baru akan mula muncul. Pokok yang tak pernah berbunga akan mula berbunga. Pokok yang hidup segan mati pun segan, pun akan mula menampakkan kecerahan hidupnya. Menakjubkan! Sila cuba cepat!

kesan baja foliar msg ajinomoto untuk pertanian

Eksperimen semburan MSG pada anak pokok delima.
Gambar kiri – anak pokok disembur MSG. Gambar kanan – anak pokok tidak disembur MSG.
(Foto: photobucket)

Ah, bukankah itu memang bagus? Walaupun kita tak makan MSG, sekurangnya ia dapat membantu kita di kebun.

MSG Tidak Berbahaya Kepada Tumbuhan

Kesimpulannya, saya boleh katakan bahawa MSG tidak berbahaya kepada tumbuhan. Semburan foliar MSG pada tumbuhan akan terurai dan diserap sebagai natrium.

Walaupun isu sama ada MSG elok untuk makanan atau tidak itu telah lama dirungkaikan, saya tetap sokong MSG sebagai bahan penggalak tanaman yang sesuai untuk kebun bandar kita.

Jika masih was-was, kita ada alternatif lain untuk sembur baja seperti baja buah, baja belacan dan kompos. Pilih sahaja, kawan. Tepuk dada tanya selera.

Sumber:

  1. http://americannutritionassociation.org/newsletter/free-glutamic-acid-msg-sources-dangers
  2. http://www.msgfacts.net/AuxiGro.htm
  3. http://www.msgfacts.net/msgsprayed-3.htm
  4. http://www.idigmygarden.com/forums/showthread.php?t=17535
  5. http://www.truthinlabeling.org/V.RegulatoryHistory.html
  6. http://truthinlabeling.org/msg-objection-s1.html
  7. http://www.naturalhealth365.com/msg.html/
  8. http://forums.gardenweb.com/discussions/2185735/msg-epsom-salts
  9. http://www.greenculturesg.com/forum/index.php?/topic/21956-hey-anyone-tried-fertilizing-your-plants-with-xxx/page__st__60
  10. http://www.westonaprice.org/health-topics/msg-updates-introduction/
  11. http://www.thesundayleader.lk/2015/11/08/farmers-using-msg-as-pesticides/
  12. http://www.organiclifestylemagazine.com/msgs-side-effects-and-aliases
  13. http://www.theguardian.com/lifeandstyle/2005/jul/10/foodanddrink.features3
  14. https://www.pertanianku.com/msg-bisa-jadi-pengganti-pupuk-benarkah-begitu/