fbpx

Cara Tanam Pudina Di Dalam Bekas

Pudina antara tanaman yang mudah untuk tanam. Sesiapa pun boleh mula menanam pudina hari ini!

Di sini saya terangkan cara mudah untuk menanam pudina di dalam bekas. Ya bekas. Kita tidak perlu bersusah payah menanam pudina di atas tanah atau batas. Hanya dengan bekas.

Benih

Di Malaysia sukar untuk kita mendapat benih pudina berkualiti. Apa yang saya buat adalah dengan membeli sahaja beberapa keratan pudina di pasaraya. Saya buang semua daun pudina. Saya kerat sekitar 10cm batang pudina. Saya cucuk 1/4 keratan tersebut ke dalam pasu . Dalam masa seminggu hingga dua minggu akan kelihatan pucuk pudina baru keluar.

Saiz bekas

Saiz yang ideal adalah antara bekas 2 liter hingga 5 liter. Ya. Memang kiraan isipadu guna liter. Kalau saya terangkan meter persegi lagilah tak faham.

Matahari

Pudina boleh membesar dengan baik dengan hanya menerima 3-5 jam sehari cahaya matahari. Ini bermakna pudina sesuai diletakkan di tepi tingkap atau balkoni yakni di kawasan redup.

Baja

Pudina adalah tanaman jenis suka jika dibaja berkala. Bubuh baja organik setiap minggu atau dua minggu sekali. Beberapa butir tinja ayam yang diproses sudah memadai setiap minggu. Bubuh di dalam tepi bibir pasu. Jangan pula pada batang pudina! Baja bersifat panas. Jika terlalu dekat akan melecur batang pudina itu nanti.

Siram

Pudina suka air yang banyak tetapi tidak tempat genang (bertakung). Menjadi sebab juga menanam pudina di bekas yang besar (5 L) agar tanah bekas tak cepat kering. Siram dua kali sehari. Awal pagi dan lewat petang. Malam? Terpulang.

Penyelenggaraan

Pudina menjadi kurang produktif apabila terlalu padat di dalam pasu. Akarnya boleh memenuhi pasu dan membuatkan ia semakin kurang subur. Kita boleh lihat dengan banyak gugur daun pudina. Banyak tinggal batang sahaja. Daun juga mula menguning banyak. Untuk mengatasi masalah ini, pecahkan pudina kepada dua atau empat bahagian. Setiap bahagian masukkan  ke dalam pasu baharu. Masukkan juga kompos sebagai baja.

Cubit

Untuk tidak bagi pokok pudina tumbuh menegak sahaja, kita cubit pucuknya apabila sudah mula ada lima hinggga tujuh helai daun. Ini akan menggalakkan pudina menjadi lebih rimbun dan banyak daun.

Cantas

Pokok pudina paling cepat membesar. Jangan biarkan rimbunan pudina padat. Rajinkan diri anda membuang mana-mana daun yang rosak dan kekuningan. Apabila kita lihat pokok pudina mula menjalar, cantas sehingga menjadi pendek sekitar 10-15 cm. Selepas mencatas, pastikan kita membaja pudina kita. Pencantasan penting agar pokok pudina kita kekal sihat dan subur. Cantas walaupun kita kurang menggunakannya dalam masakan.

 

Pudina yang mana?

Terdapat pelbagai varieti pudina, bermula dari rasa sehinggalah kegunaannya. Cuba satu berdasarkan minat anda. Anda boleh buat teh, letak di dalam makanan ataupun sebagai ulaman di meja makan anda.

Sekarang giliran anda pula untuk bercerita. Jangan lupa tinggalkan komen tentang pudina anda!

Izham Alias

Graduan Bacelor Sains Hortikultur, Fakulti Pertanian UPM. Kini bekerja sebagai pensyarah agroteknologi di sebuah kolej komuniti di Sabah. Suka berkebun dan menulis pengalaman berkebun di blog ini. Sebarang pengiklanan, jemputan bengkel/seminar berkebun boleh terus emel ke izham@kebunbandar.com

44 thoughts on “Cara Tanam Pudina Di Dalam Bekas

  1. saya potong bahagian atas 3-4 inch ke bawah I terdapat bahagian yg atas banyak yg lembut dan susah hidup jika cucuk ke tanak compost saya ,boilh bagi tip -tip?
    jika ranting yg bawah ambil masa lama untuk hidup ,banyak jadi pupus atau jadi keing

  2. Sy peminat pudina, masuk Ni dah 3 Kali tanam. Asyik mati Saja. Sy Akan ikut tips dari saudara. Tq so much

  3. Tq atas info.. sy dh 2x tanam.. yg mula2 dulu mati, xtau sbb apa.. lepas tu minta satu batang beserta akar ngan kwn.. alhamdulillah dr 1 btg skrg dh jadi merimbun 2 pasu.. dh sarat dh tu.. nak pecahkan jd 4 pasu plak lepas ni.. hehee. Sgt senang jaga.. jgn lupa siram air.. kalau lupa mmg dia akan tinduk layu.. sy bg baja organik seminggu sekali jer.. hehee

    1. Mcm mana cara membaja dgn betul ya? Tabur baja sekeliling pokok kemudian siram sahaja? Atau siram dulu baru letak baja. Mohon bantuan.

      1. kalau saya x salah ye..siram dan letak baja..sbb kalau letak baja dan siram akan menyebabkan larut lesap..maksud baja terlarut dan lesap trus ke bawah..akar xsempat ambil nutrien baja..jadi kalau kita siram dan baja..tanah tu dah basah2 sikit mampu untuk uraikan nutrien baja dan diserap oleh akar..
        kalau salah boleh betulkn ye

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Content