Kompos adalah baja organik yang terhasil daripada penguraian bahan-bahan organik seperti dedaun kering dan rumput. Kompos mampu mengembalikan kesuburan tanah yang lesu dan rosak akibat penggunaan baja kimia berterusan.
Pembuatan baja kompos bermula dengan kita faham asasnya. Setelah itu kita boleh ubahsuai ikut kessuaian bahan, alatan, lokasi dan masa kita.
Ada satu istilah yang digunakan iaitu bahan green dan brown dalam pembuatan kompos ini. Saya terjemahkan kepada hijau / basah dan pérang / kering.
Bahan basah (hijau) adalah bahan organik yang kaya dengan nitrogen. Contoh: rumput yang dipotong, sisa tanaman, sisa sayuran, tinja ayam, tinja kambing, tinja kuda, tinja lembu, hampas teh/kopi dan lain-lain.
Bahan kering (pérang) adalah bahan yang kaya dengan karbon. Contoh: Dedaun kering, reranting kecil, habuk kayu, cardboard (koyak/potong kecil) dan lain-lain.
Kedua-dua bahan ini memain peranan penting dalam menjadikan kompos kita terhasil cepat atau lambat.
Selain itu, ada bahan tambahan seperti kulit telur, tanah bakar dan sebagainya.
1. Lapiskan dan selang-selikan lapisan bahan-bahan kering dan basah di atas tanah. Jika tiada tempat atau tanah untuk meletakkan kompos, boleh juga gunakan apa-apa bekas yangg sesuai. Contohnya kotak polysterine.
2. Siram dengan air pada setiap lapisan, sehingga lembab.
3. Bolak-balikkan kompos selang beberapa hari sekali. Cadangan: Setiap dua minggu sekali.
4. Sepanjang proses ini, anda akan dapat merasakan sisa organik anda mula memanas. Anda boleh gunakan tangan untuk rasa sendiri atau anda boleh gunakan termometer analog (beli sini). Suhu akan mula meningkat sekitar 2-3 hari selepas anda mencampur semua bahan. Ini tanda mikrob sedang menjalankan tugas mereka. Pastikan suhu sekitar 50-60 oC sahaja. Jika terlebih, anda perlu membolak-balik kembali sisa organik.
5. Anda boleh tahu kompos anda mula terhasil apabila bahan yang terhasil tiada lagi rupa asal. Semua warna bahan asal akan berwarna perang. Bau bahan pula bau seakan tanah.
Kadar penghasilan kompos ini tergantung kepada jumlah bahan yang dimasukkan. Jika cukup nisbah bahan kering dan basah maka sekitar 4-6 bulan anda boleh mula menuai kompos.
Daripada semua sisa organik yang kita gunakan, akan susut sehingga tinggal 30 peratus sahaja. Contohnya jika kita masukkan 10kg sisa, maka kita akan dapat 3kg kompos di akhir proses.
Ini berbeza dengan satu lagi teknik pengkomposan yang menggunakan cacing iaitu vermikompos. Vermikompos susut 40-50% daripada sisa asal.
Kompos, sebagai salah satu baja organik, mempunyai banyak kebaikan terhadap tanah. Antaranya:
Kompos boleh terhasil melalui dua proses iaitu proses aerobik (kehadiran oksigen) dan proses anaerobik (tanpa oksigen).
Kedua-dua proses ini mampu menghasilkan kompos yang berkualiti. Setiap proses ini ada kebaikan dan kelemahannya.
Kompos aerobik akan menghasilkan kompos yang tidak berbau dan senang dikendalikan. Namun, semasa proses pengkomposan berlaku, hampir 40% nutrien dalam bahan mentah kompos hilang. Sama ada semasa proses menggaul atau pun berlaku larutlesap.
Kompos aerobik didominasi oleh bakteria yang suka oksigen. Bakteria ini akan menguraikan bahan-bahan mentah kompos sehinggalah terjadi kompos yang lengkap.
Proses penguraian ini memakan masa biasanya tiga hingga enam bulan. Suhu, komposisi bahan hijau dan perang dan kepadatan kompos menjadi faktor utama kecepatan penghasilan kompos ini.
Jika aerobik memerlukan oksigen, maka anaerobik adalah sebaliknya. Kompos anaerobik berlaku tanpa oksigen. Produk sampingan kompos ini adalah metana. Ini menyebabkan kompos anaerobik menghasilkan bau busuk.
Kelebihannya adalah nutrien hanya hilang sekitar 10% sahaja daripada kompos ini.
Saya mula kenal kaedah kompos anaerobik ini daripada buku JADAM: Organic Farming. Penulis, seorang petani organik Korea yang sangat berjaya. Beliau berkongsi bagaimana orang Korea dahulu memeram segala sisa ladang dan menggunakan cecair peraman itu sebagai baja.
Saya ada kongsikan pembuatan baja rumput menggunakan kaedah ini.
Ada kompos yang dihasilkan daripada sisa sampingan haiwan. Antaranya vermikompos dan kompos larva serangga seperti black soldier flies dan kumbang.
Vermikompos adalah kompos yang terhasil daripada tinja cacing. Vermi itu sendiri bermaksud cacing dalam bahasa Grik. Dikatakan baja vermikompos sangat bagus untuk tanaman.
Walaupun begitu, kajian menunjukkan nutrien dalam vermikompos sama sahaja seperti baja kompos yang lain. Kalau ikut pandangan saya, vermikompos cepat terhasil kerana dalam masa 2 minggu sahaja kita boleh dapatkan vermikompos berkualiti.
Nur Darina says:
Kalau boleh saye tahu bagaimana untuk membaiki kembali bahan kompos yg gagal?? Kerana bahan kompos ini sudah lebih dr 3 bulan tapi masih tidak terurai…
Aisyah says:
Maaf *bahan perang yee
Aisyah says:
Salam.. Maaf ye.. Bahan petang tu contohnya macam mna ye??
Asri zam says:
Boleh juga tgk produk pertanian UPM termasuk Dekoponix https://sciencepark.upm.edu.my/produk_upm/produk_pertanian-11679
Mohd says:
Terima kasih tentang kompos..sy nak bertanya..apakah baik UTK tanaman.. jika sy guna baja urea beli d kedai..adakah sesuai utk semua jenis tanaman pokok besar dan kecil??
tq
Jamil says:
Terima kasih EN.Izham. Saya sedang mempraktikan cara membuat baja (guna belacan untuk pokok cili sehat dan kuat)
RAHILA says:
ALHAMDULILAH.. TQ INFO YG BAIK
Izham Alias says:
Boleh. EM apapun berkesan. Di UPM saya tak tahu. Wallahualam.
Mohd Zuki says:
Tinja haiwan tak sesuai dibakar, cukup digaul dengan kapur pertanian, biarkan seminggu kemudian gaul sekali lagi dengan kapur biarkan seminggu lagi
Nisya says:
Salam en. Izham, boleh tak EM tu digunakan untuk penternakan ikan? Boleh/ bagaimana untuk saya dptkan harga EM yang dijualkan di UPM?
Naz says:
Saya pernah gunakan Yakult sebagai pemangkin untuk proses pengomposan bahan oganik. Bancuh dengan air tanpa klorin untuk mencairkannya. Yakult tu ada berbilion orgnisme probiotik untuk mempercepatkan proses pereputan. Bau busuk pun tiada.
ZAMHOT BIN HASSAN says:
Saya nak beli compost. Kat mana boleh dapat?
linda says:
EM=effective microorganism
Irenazreen says:
En. Izham ,
Boleh juga guna kan untuk tanam an yang lain? Bagaimana pula dengan rebutan daun serai wangi? Boleh Juga kah?
Jenaka Jenaka says:
Salam En Izham..kalau baja kompos tue dah berulat nak kena spry dan gaul jgk ke?
Parvathy Arumugam says:
Salam Warga KB,
Terima kasih kepada team KB yang kongsi banyak ilmu berkaitan pertanian bandar. Banyak soalan di atas berkaitan dengan penyediaan kompos dalam masa tersingkat. Kwn2 boleh cuba ‘Takakura Method’ di mana agen probiotic proses bahan kompos dalam masa tersingkat. x sampai 1 bulan pun. Semoga berjaya. Terima Kasih.
Safu says:
EM tu apa tuan Izham?
wan says:
bolak balik maksudnya kita gaul utk sekata kah sdr izham?…
Omar Zainal says:
Salam. Tuan, bagaimana nak tahu kompos itu sudah jadi dan sedia utk digunakan?
zaidi says:
Byk saya baca ttg kompos tapi yang ni baru bagi saya. Coke + yis/ ragi. Cairkan macam mana? Kena spray habis terus atau boleh di simpan.
joe says:
salam sy mncri kwn2 yg brminat utk msuk ke grop wssup cucuk tanam dn dsitu kta bole kongsi pngalaman dn ilmu2 dlm penanaman dn prtanian,,ssiapa brminat bole wssul sy di no 01137530526 joe
Norhana binti mohd ali says:
Yg saya pun berulat jugak. Tp lama2 ulat tu jadi ulat kompos. Siap tgglkan kulit dia lg.
Norhana binti mohd ali says:
Saya pun bt sama camtu. Pokok subur.
Norhana binti mohd ali says:
Sy setiap hari mmg buat kompos . Tp sy tk simpan, terus tanam pd tanah dekat umbi pokok. Mmg subur je. Cuma kdang2 tu berulat. Tp still ok. Bila ulat tu besar jd ulat kompos.
salma ibrahim says:
Terima kasih. Saya letak semua untuk buat baja kompos, sayur, perut ikan, kulit udang, rumput, daun kering, kulit telur dan ditutup dengan tanah. Nampak ok.
Muz says:
Sembur EM
Izham Alias says:
Kompos memang akan berulat. Jika tak mahu berulat, boleh tutup dengan bekas berjaring. Cuma pastikan udara masih masuk.
norhana mohd ali says:
Compos sy selalu berulat. Camne nk cegah ye.
Eline says:
Hi nak tanya kat mana boleh beli cacing African Nightcrawler?
Terima kasih.
Eline
Abd Manaf says:
Assalam,
Selalunya ranting kayu , rumput ,najis ayam dn arnab saya bakar. Berapa lama perlu saya biarkan baru boleh tabur dekat pokok tanaman.
aslinah adnan says:
ada sesiapa nak belajar buat kompos boleh datang ke taman pertanian universiti, Universiti Putra Malaysia.
Saya sedia untuk membantu kalian…
boleh buat secara berkumpulan..
03-89467301 / WhatsApp 019-7619154 saya.
Ikhlas,
Aslinah,
Pegawai TPU UPM.
Hafit Husin says:
Saya membuat kompos dengan menggali lubang di tanah terbuka. Saiz lubang 4′ x 4′ x 2′ dan dibuat di tanah lapang berhampiran rumah. Saya masukkan semua bahan-bahan no. 1,2, dan 3 di atas. Air saya tidak siram tapi bergantung pada air hujan sahaja. Terdapat beberapa persoalan:
1. selepas 3 hingga 4 bulan, masih ada bahan-bahan yang tak hancur seperti ranting, tempurung kelapa, kulit manggis, dan bahan-bahan lain yang sepertinya. Adakah cara untuk membolehkan bahan-bahan tersebut hancur dengan sempurna.
2. Lubang kompos tersebut menarik perhatian tikus, mengkarung, katak dan binatang sepertinya. Bagaimanakah untuk menjauhkan binatang-binatang tersebut dari lubang kompos itu.
sekian.
sanadi says:
salam En Izham, kalau nak buat moleses guna gula merah, berapa nisbah air dng gula? terima kasih didahulukan atas tunjuk ajar.
harris matsubuh says:
kalu kita guna bhan tersebut terus ke tanaman boleh ke?tanpa perlu kumplkan sekali..
Ridzuan Hj Kadir says:
Kantin di kem saya ada banyak sisa makanan pada setiap minggu. Saya bercadang untuk buat baja kompos dari sisa tu. Apa cara yang terbaik saudara Izam?
azhani says:
aslm…kenapa kompos saya berulat? adakah ia normal?
Izham Alias says:
Boleh juga.
Izham Alias says:
Boleh digunakan sebagai bahan kompos.
Zauyah syed says:
Daun pokok pisang yg kering dan daun pokok puding kering boleh tak utk buat kompos?
awang says:
Dalam youtube, dia buat kompos skala kecil , dia letak paip ditebuk dgn banyak lubang dan dicucuk di tengah2 kompos , adakah itu sudah memadai utk kompos itu tak perlu di bolak balik lagi?
Norani Ali says:
Assalamuálaikum, saya agak baru dlm grup ni. Terima kasih diucapkn atas perkongsian dr tuan n ahli2 yg lain. Cuma, ada bberapa terma yg sy x faham spt FFJ, FPJ n EM. Mohon pencerahan…
Izham Alias says:
1. Perlu buat agar pengudaraan berlaku dengan baik.
2. Sebolehnya seminggu sekali. Jika tak mampu, sebulan sekali sudah memadai.
3. Perlu untuk elakkan serangga dan tikus masuk.
4. Boleh tambah semasa proses kompos berlaku.
Izham Alias says:
Tips yang utama, pastikan kompos sentiasa lembab dan bukan berair. Siram 2-3 hari sekali sudah memadai.
Izham Alias says:
Boleh. Tiada masalah.
nasruddin says:
baja kompos ni boleh tak kita menggunakan FFJ atau FPJ ? rasa-rasa menjadi tak bila digunakan sebelum penanaman?
yap gen tin says:
izham alias
1. kompos tersebut perlu siram air dlm berapa hari sekali @ hari2?
yap gen tin says:
izham alias…saya nak buat baja kompos tetapi info tidak juga. soalan seperti berikut:
1. Bekas untuk buat kompos perlu x buat lubang kecil-kecil x?
2. Kompos tersebuat perlu beberapa hari sekali untuk lakukan kerja bolak-balikkan?
3. Bekas untuk buat kompos perlu ditutupkan dgn rapat x?
4. Bahan2 untuk buat kompos kena berapa lapisan dan kena tambah setiap kali bahan2 tesebut atau kali pertama je?
wan says:
cara nk buat air rebusan lalang bagaimana cik izham?.. berapa kilo lalang dan berapa liter pula air yg digunakan?
Izham Alias says:
Buku RM12 tu ebook. Perlu klik pada gambar tu. Nanti akan ke website pembelian.
Tanah gambut bukan top soil. Tanah atas ini kalau di Malaysia, lebih kepada tanah hutan. Jika tiada, boleh je guna tanah bukit sebagai ganti.
jac shaari says:
as salam..katna nak beli buku rm12 tu? tanah gambut tu bukan top soil ka! pasai pa top soil payah nk dpt di msia? trima kasih no
Che Wah Osman says:
Dalam tanah kompos saya banyak kutu .Apakah cara nak menghapuskan kutu2 tu
roselind Janggak says:
Saya nak juga buat compas ni tapi masalah nya kawasan tanah saya ni byk anai2. Anai2 tu nanti tak makan kompos saya ni kah? Sbb campuran ada ranting dan cardboard . Tanah saya ni tak subur sbb tu coba nak buat compos.
Izham Alias says:
Air gula merah sudah memadai.
Affendy says:
Tuan, saya nak buat baja cecair organik. Berapa banyak air yang nak dicampur dalam bahan2 yang dah digaul sebelum diperam?
Izham Alias says:
Perlu bagi memastikan kompos tidak hilang dibawa air hujan. Kompos elok jika dibuat di tempat yang ada teduhan.
azman abas says:
perlukan ditutup bahan2 kompos semasa proses pengkomposan? contohnya bila musim hari2 hujan lebat? sebaiknya tempat kompos tu dibuat dilokasi mana? bawah pokok ka? tempat lapang ka? bawah cahaya matahari ka?
Izham Alias says:
Terima kasih atas perkongsian pengalaman CikPuan.
Aisyah Barkat Shaik Mohamed says:
Saya syorkan berdasarkan pengalaman saya. Buah Kuining berulat di dalam. Saya guna tahi arnab yang telah dikeringkan. Kini,buahnya sangat manis dan tidak berulat.
yaati says:
tong kompos saya(poloisterin) letak kat tepi tempat parking kena buang..hihihi kena cr tong polisterin baru..
Semaun says:
Asalamulaikum
Tuan saya ada tanam cili api ada sebahagiannya selepas buah kali pertama daun kerinting jadi bantut dan tidak berbuah lagi …
Macamana cara rawatanya … tkaseh
Izham Alias says:
Waalaikumussalam. Ada dijual di nurseri.
Nor Asikin says:
Assalamualaikum,
Tuan admin , saya nak tahu adakah benih rumput carpet boleh di beli di nurseri?TK
Izham Alias says:
Tuan boleh sertai FB grup Vermicomposting Malaysia. Di sana banyak tawaran jualan cacing untuk vermikompos.
Hanafi says:
Saudara yg saya muliakan, tuan tahu tak tempat utk mendapatkan Cacing diternak utk mendapatkan Baja..dulu banyak kursus2 ternakan cacing dianjurkan tapi sekarang hilang entah ke mana..tq
Izham Alias says:
Boleh sembur dengan air rebusan daun lalang. Sembur tiga hari sekali.
MOHAMED says:
Salam
Saya ada menanam beberapa pkok durian belanda di keliling rumah.
Masaalah yang saya alami ialah terdapat banyak kutu/serangga putih di bawah daun dan ianya memberi kesan kepada
kesuburan pokok.
Apakan jenis racun yang sesuai untuk saya gunakan bagi tujuan menghalau atau menghapus serangga ini
Sabrina says:
Assalam.
Saya nak tanya mcmana nak buat composs menggunakan habuk kayu dgn tinja ayam?
DR Fig Garden says:
terima kasih atas perkongsian ini.. ilmu yg berguna..
Nor says:
Assalam,
Tong khas utk mbuat kompos tu yg mcm BioSense jual tu ke? Mesin kompos tu plak mcmana rupa dia? Ada blog utk dirujuk? Tksh
Ceguhadi says:
Kalau tak ada EM, boleh ganti dengan air Coke campur dengan ragi / Yis. Cairkan dengan air dan spray pada kompos.
Aniey yusoff says:
Saudara izham, mcm mana dgn penggunaan catalyst bio? Ada tgk youtube penggunaan dia utk mempercepatkan penguraian. Dlm seminggu dh boleh guna baja tu. Lg satu mcm mana nak tau yg kompos tu dh sedia utk digunakan? Huhu sdg mencari ilmu pengkomposan. Kalau dh lama tau kurangla sampah dpr..
Solehah says:
Assalamualaikum, kami JI ada mengeluarkan baja kompos dengan menggunakan mesin khas yg diimport dari indonesia. Kami juga dealer . kepada yg berminat untuk mendapatkan mesin buat kompos atau tong khas un tuk membuat kompos. boleh hubungi kami 011-1321 9520
yaww says:
rasanya dekat jabatan pertanian serdang ada buat kursus untuk baja kompos….
Siti says:
Salam,
Ada tak kursus untuk membuat kompos… saya ada buat beberapa kompos (belajar dari youtube & google), tp macam tak jadi je… semasa tempoh pemprosesan kompos, ada ulat x?
Izham says:
Antara caranya adalah menyediakan bahan-bahan yang betul. Perlu ada bahan hijau dan bahan perang. Perlu selalu membolak-balik kompos agar serata proses pengkomposan berlaku. Boleh tambah EM untuk proses pengkomposan cepat.
ZAKARIA says:
macam mana cara utk sediakan kompos dalam masa tak sampai satu bulan