kebun-apartmentBanyak persoalan yang timbul tentang cahaya. Yelah. Jika anda tinggal di aparment, tentu anda akan berada di tempat yang kurang cahaya matahari memancar di tempat anda. Ini mungkin menjadi keraguan utama untuk anda mula berkebun. Tetapi jangan risau. Anda tetap boleh berkebun dengan memahami beberapa asas berkebun yang akan diceritakan di sini.

Istilah Pencahayaan

Cahaya matahari adalah sumber utama untuk tumbuhan membesar. Cahaya matahari ditukarkan oleh tumbuhan kepada makanan melalui proses fotosintesis. Kebanyakan tumbuhan memerlukan cahaya antara 6 jam hingga 8 jam sehari.

Di sini kita kenal dahulu istilah mudah tentang pengkelasan jenis cahaya kepada tumbuhan.

• Cahaya penuh – 6+ jam cahaya terus matahari
• Separuh cahaya – 4-5 jam cahaya terus
• Separa-redup – 2-4 jam
• Redup- <1 jam

Oleh kerana apabila tinggal di apartment, saya rasa kita semua terhalang dengan dinding dan pelbagai bangunan. Saya kategorikan ini sebagai separuh cahaya dan ke bawah.

Jumlah cahaya yang tumbuhan perlukan

Jadi apakah cara senang untuk kita ketahui tempat kita tinggal mengenai berapa banyak cahaya? Inilah masanya kita menggunakan mencatat dalam buku jurnal berkebun. Pastikan anda menyimpan satu rekod berkebun kerana kita mahu serius dalam berkebun.

Caranya mudah sahaja iaitu dengan kita memerhatikan sepanjang hari di rumah kita. Ambil masa ketika di hujung minggu untuk melakukan aktiviti ini. Keluar ke kawasan yang bercahaya selama 2-3 minit setiap sejam. Tidak perlu 24 jam di tempat itu. Lakukan ketika pagi sehingga petang, apabila cahaya mula naik sehingga turun. Catat masa cahaya memancar di kawasan itu sehinggalah cahaya itu mula beralih arah ke tempat lain. Lalu, kita boleh lihat kita jatuh di kategori mana.

Dengan mengetahui kita di kategori mana, ini telah memudahkan kerja kita untuk mengenal pasti jenis tumbuhan yang paling sesuai untuk kita tanam.

Apakah jenis tumbuhan yang sesuai untuk ditanam dengan kadar cahaya yang berlainan? Anda boleh mencuba dengan herba dahulu.

Tidak Mahu Terlepas Maklumat Terkini Kebun Bandar?
Saya nak kongsi PERCUMA je buat masa ni. Cepat join!

LANGGAN EMEL KEBUN BANDAR

Masukkan nama dan alamat emel anda

*Kami hormati privasi anda. Bila-bila masa anda boleh berhenti melanggan.