Siapa sangka belacan boleh digunakan bagi membuat baja? Kali ini saya kongsikan cara membuat baja belacan untuk pokok cili. Namun, jangan terhadkan pada pokok cili sahaja tau. Baja ini boleh juga digunakan untuk pokok bunga ros, sayur-sayuran dan buah-buahan seperti pokok tin dan lain-lain.

Pokok cili adalah antara pokok yang saya kategorikan dalam pokok yang sukar dijaga. Masa percambahan yang lama iaitu 7-14 hari, penjagaan yang rapi, dan mudah diserang penyakit.

Oleh itu pokok cili memerlukan penggalak tanaman (plant booster) bertindak sebagai penguat kepada ketahanan pokok. Di sini saya kongsikan cara mudah agar pokok cili kita sentiasa kuat menahan serangan serangga dan penyakit.

Kebaikan Baja Belacan:

  • Menguatkan imunisasi pokok agar tidak mudah diserang penyakit
  • Menggalakkan pertumbuhan bunga
  • Mengelakkan bunga melekat dan tidak mudah gugur
  • Kaya dengan unsur kalium (K) untuk pokok
  • Menguatkan akar pokok agar mudah menyerap nutrien

Bahan:

  1. Belacan – 100g
  2. Gula molases / gula merah – 100g
  3. Air tanpa klorin (air hujan, air perigi, tapisan) – 500 mL
  4. Botol 1.5L

Cara buat:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam bekas dengan isipadu 1 liter ke atas.
  2. Kacau semua bahan sehingga sebati.
  3. Masukkan sebatian ke dalam botol 1.5L.
  4. Tutup penutup bekas dengan kain kasa bekas tersebut.
  5. Peram selama 2 minggu.
  6. Selepas diperam, kacau dan tapis ke dalam bekas baharu.
  7. Sisa belacan itu boleh ditaburkan sekeliling pangkal pokok untuk dibuat baja.

Penggunaan:

  1. 10 mL pati + 1 L air biasa
  2. Sembur pada daun, batang, dan tanah waktu pagi sekitar 7am-10am atau lewat petang (5pm-7pm), dengan kekerapan seminggu sekali.

Selain pokok cili, penggalak tanaman ini boleh disembur pada tanaman lain seperti pokok ros, pokok tin, sayuran, dan pokok mulberi. Hasilnya daun pokok akan lebih subur dan banyak bunga akan keluar.

Video

Mesti macam tak percaya kan yang resipi baja ini menjadi? Nah saya tunjukkan sendiri video cara buat baja belacan.

 

Pernah cuba? Jom komen di bawah.

Sumber:

  1. Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri
  2. Sara Saad

 

Tidak Mahu Terlepas Maklumat Terkini Kebun Bandar?
Saya nak kongsi PERCUMA je buat masa ni. Cepat join!

LANGGAN EMEL KEBUN BANDAR

Masukkan nama dan alamat emel anda

*Kami hormati privasi anda. Bila-bila masa anda boleh berhenti melanggan.