cili-kering-basuhan

Kredit foto: Resipi1001

Cili merupakan tanaman yang popular di Malaysia. Hampir kesemua masakan pasti ada meletakkan cili sebagai bahan masakan.

Sebagai orang yang selalu memasak, kita mesti tertanya bagaimanakah cili ini mampu menjadi berguna buat kita?

Saya mendapat tips ini daripada rakan saya. Katanya, dia menggunakan air basuhan cili kering bagi menghalau serangga perosak seperti bena (aphid), lalat putih (white fly), beluncas dan lain-lain.

Caranya:

1. Ambil air basuhan cili kering.

2. Isi air tersebut ke dalam bekas penyembur (sprayer).

3. Sembur pada tempat serangan dan ke seluruh pokok sehingga basah. Semburan di waktu pagi dan petang sudah memadai.

4. Ulang langkah ini selama seminggu atau sehingga serangga hilang.

Pastikan siraman tak dilakukan ketika ingin menuai. Nanti pedas sayur atau buah yang dimakan!

Jika anda ada tips lain, jom kita kongsikan bersama dengan meninggalkan komen di bawah.

Tidak Mahu Terlepas Maklumat Terkini Kebun Bandar?
Saya nak kongsi PERCUMA je buat masa ni. Cepat join!

LANGGAN EMEL KEBUN BANDAR

Masukkan nama dan alamat emel anda

*Kami hormati privasi anda. Bila-bila masa anda boleh berhenti melanggan.